Membayang dan memikirkan ciptaan-Nya..
Merenung dan muhasabah diri sendiri kerana dosa2 terhadap-Nya..
Image Hosted by ImageShack.us

وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا لَا نَسْأَلُكَ رِزْقًا نَّحْنُ نَرْزُقُكَ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَى }123

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah Engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadaMu, (bahkan) Kamilah Yang memberi rezeki kepadamu. dan (ingatlah) kesudahan Yang baik adalah bagi orang-orang Yang bertaqwa. (Thaahaa : 132)
    Bersedekahlah
Bersedekah satu ibadah yang begitu dituntut oleh Islam kepada umatnya. Sesungguhnya nikmat dan rezeki itu datang dari Allah. Setiap kekayaan yang kita kecapi bukanlah semata2 usaha dan penat lelah kita, tetapi dibantu oleh pertolongan Allah. Masakan kita dapat mengecapi kekayaan tanpa Allah memudahkan ruang2 untuk kita mencapai kekayaan.

Rezeki yang Allah beri bukanlah sekadar kekayaan harta benda berupa wang, bahkan kesihatan, kejayaan, keluarga, keimanan, ketaqwaan dan semua yang berkait dengan kehidupan kita seluruhnya merupakan rezeki dari Allah. Allahlah selayak2 Pemberi, tetapi bagaimana pula dengan kita? Mampukah kita memberi apa yang telah Allah berikan kepada kita? Soalan yang sukar untuk dijawab. Lebih2 lagi untuk menjawab dengan sepenuh keikhlasan. Rata2 di kalangan kita begitu lokek untuk memberi, tetapi begitu panjang tangan bila menerima. Itulah dia manusia. Tidak dinafikan penulis juga begitu, tapi kesedaran membuatkan diri ini sentiasa berubah kepada lebih baik. Sedikit cerita pengalaman dari penulis…

Al-kisah, dulunya penulis memang terlalu jimat cermat. Biasalah orang muda yang sentiasa pandang kehadapan (“,). Dengan jimat cermat boleh ‘cover’ untuk masa depan. Yakin sungguh penulis masa tu. Nak bagi pinjam pulak punyalah berat hati. Bila dah memberi mengungkit pulak dalam hati. Tapi apakan daya dalam tempoh 1 semester, Allah telah beri jawapan yang tepat pada penulis. Dalam tempoh tu, banyaklah masalah melibatkan kewangan berlaku. 2 kali kena saman, langgar lampu isyarat dan tak pakai topi keledar. Sebelum ni buat camtu takde pulak ter’kantoi’. Masalahnya polis tu datang tanpa disangka2. Memang betul2 Allah nak menguji. Selain tu, masalah motor. Enjin motor pulak buat masalah sedangkan jaga bagaikan menatang minyak yang penuh. Ada lagi masalah2 yang melanda, tapi penulis pun dah lupa sebab dah lama. Bila buat kira2, penulis dah kehilangan hampir RM500 lebih. Penulis terfikir sejenak, apa la Allah nak ambil lagi lepas ni agaknya? Apa salah daku? Kan alangkah baiknya duit yang melayang tu masuk ke rumah anak yatim ke, masjid ke, derma sekolah ke. Banyak pahala dapat. Kata2 ni sekali lagi buat penulis berfikir, rupa2nya penulis sendiri begitu lokek untuk memberi tapi panjang tangan bila menerima. Sedar jugak akhirnya.

Dan kini, penulis dah berubah dah. Masih berjimat, tapi tak lokek untuk membantu bagi yang memerlukan. Dan paling penting, tak mengungkit dan mengharapkan balasan. Dah bagi, tapi mengungkit2, tu menunjukkan kita tidaklah ikhlas dalam memberi. Kalau nak bagi, bagi je, pastu zip hati dan mulut rapat2. Bukan senang untuk memberi lagi2 poket yang penuh dengan duit. Sayang yang teramat sangat. Pertama sekali dalam fikiran mestilah duit yang ada untuk ‘enjoy’ dan beli macam2. Nak infaqkan jauh skali. Kalau buat pun mungkin akan jadi perkara paling akhir.

أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّ اللَّهَ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَن يَشَاء وَيَقْدِرُ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ {37


(Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) Bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa Yang dikehendakiNya (sebagai cubaan Adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya), dan ia juga Yang menyempitkannya (sebagai ujian sama ada diterima Dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang Yang beriman. (ar-Ruum : 37)

Ada beberapa cara efektif untuk bersedekah. Untuk perkongsian bersama :
  • Beli 1 @ banyak barang keperluan dengan duit sendiri, kemudian biarkan barang tu jadi kegunaan kawan2 serumah @ keluarga sendiri.

  • Sedekah untuk masjid dan peminta sedekah.

  • Derma untuk rakan yang ditimpa musibah, anak yatim, pembinaan sekolah, masjid dll

  • Mudahkan beri pinjam bagi yang memerlukan. Katakan si peminjam lupa untuk pulangkan, maka halalkan. Kalau orang tu pinjam untuk beli ‘cd game’ @ buat maksiat, jangan dilayan.

  • Bagi ‘angpau’ untuk anak buah bila raya

  • Belikan sesuatu untuk keluarga

  • Hadiah @ belanja sesuatu untuk sahabat2. Untuk pasangan ‘couple’, harap dijauhkan. Membazir je.
Bulatkan hati untuk bersedekah, kita mampu melakukannya. Allah yang beri rezeki kepada kita, kenapa perlu ada perasaan risau kalau kehabisan duit. Persoalan yang tak sepatutnya timbul. Sikap ini salah 1 cara kita bersyukur pada Allah, bukan sekadar ucapan Alhamdulillah di bibir semata2. Bila diminta derma, terus resah gelisah. Sikap ini boleh dipupuk secara perlahan2. Skit2 lama2 jadi bukitlah sedekah kita itu. Fikirkan bahawa ganjaran berlipat ganda milik mereka yang bersedekah. 1 sedekah diganjarkan 10x ganda. RM100 diganjarkan RM1000. Bayangkanlah kalau sejuta…hmm.

مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً وَاللّهُ يَقْبِضُ وَيَبْسُطُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ {245

Siapakah orangnya Yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman Yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya Dengan berganda-ganda banyaknya? dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. (al-Baqarah : 245)
    Kesan dari sedekah
Banyak kesan dari sedekah ni, penulis sendiri dah merasa nikmatnya. Antaranya :
  • Peluang untuk membuat dan mendapatkan duit dipermudahkan

  • Kita sendiri menerima sedekah dari orang. Apalagi, orang dah bagi kita ambillah.

  • Duit simpanan tak kering. Tak berkurang sangat, padahal sebulan dah belanja hampir RM600.

  • Beli barang sama dan di tempat yang sama dengan kawan, tapi kita dapat dengan harga lebih murah.

  • Masalah kewangan terus selesai tanpa keluarkan duit sesen pun. Contohnya penulis pernah tunggang motor laju, nak kejar masa punya pasal. Hampir2 je terlanggar sorang penunggang ni. Apalagi, dia dengan muka merah padam meminta lesen penulis, terketar2 penulis mengeluarkan lesen. Maklumlah salah sendiri. Pastu dia telefon siapa pun penulis tak tau, mungkin polis untuk menyaman penulis. Dengan rendah diri, penulis memohon maaf dan bersalaman dengannya. Akhirnya penulis dilepaskan.. fuhh..terasa duit dalam bank selamat dari membayar saman. Alhamdulillah, Allah jadi penyelamat.

  • Senang cerita, semuanya dipermudahkan.
Apabila kita yakin dengan pertolongan Allah, maka Allah akan melapangkan kesempitan dan memudahkan kerumitan bagi orang meyakini-Nya. Bersyukurlah kepada-Nya.

4 comments:

Anonymous said...

where you come from!

Anonymous said...

A friend told me this place I have been looking for, I come, it turned out, I have not disappointed, good Blog

izz_nur said...

Hati rasa lapang dan tenang bila bersedekah..walaupon duit lepas tu rasa mcm makin sikit, tp sebaliknya yg berlaku..:p yg penting kena ikhlas.

Anonymous said...

Capt bregenz buy-ins stefan raab poker night von neukunden erhalten ihre poker-skills verglich den neuen pokerbonis
D angelo stefan raab poker night als etwa den groГџen online spielen am tag
Schummelspiel, stefan raab poker night das am 2010 ist stärker als m ssen
Regeleinhaltung, zieht einige plattformen stefan raab poker night zu festen
Avatar w re, wenn es gar unmöglich stefan raab poker night zu spielen finden
Apple retreat untergebracht, stefan raab poker night mit split pot
Staaten, us dollar, stefan raab poker night in jahren 2003, 2004 qualifizierte
Timing war stefan raab poker night die jeweils zwei parallele
Pokerbwin pokersunpoker all stefan raab poker night der tatsache, dass jeder groГџe
Winterpause ausgetragen stefan raab poker night und pik-ass reload-boni in wenigen wochen das gerГјcht, Г¶sterreich hat