Membayang dan memikirkan ciptaan-Nya..
Merenung dan muhasabah diri sendiri kerana dosa2 terhadap-Nya..
Image Hosted by ImageShack.us
6:56 PM

Istirahah

بسم الله الرحمن الرحيم
وَالْعَصْرِ {1} إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ {2} إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا
وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ {3



Cuti-cuti Malaysia, gamat sungguh bila adanya cuti. Inilah peluang dan saat-saat mahu berehat. Hilangkan 'tension', mungkin 'tension' sebab belajar, mungkin juga sebab mengajar (bagi sesiapa yang menjadi guru). Baki sebulan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti. Itupun belum pasti, mana tahu ada pula yang menghabiskan dengan goyang kaki. Duduk rumah dengan bersahaja tanpa sebarang aktiviti berfaedah. Bagi golongan pelajar, cuti memang jadi hari yang bertuah, hari yang paling dinantikan. Kebiasaannya, cuti menjadi hari membalas dendam selepas berhempas pulas dalam pelajaran. Seolah-olah cuti menjadi hari melepaskan segala kepayahan selama ini. Apa yang dipelajari terus hilang seperti pam tangki tandas yang baru sahaja di’flush’. Oh..oh tidak.. bukan itu yang sepatutnya kita lalui.

Apalah ada pada cuti, melainkan ia dimanfaatkan sebaiknya. Terkadang tanggungjawab sudah menenggelamkan erti cuti. Tapi apabila ada cuti, inilah peluang yang sebaik-baiknya digunakan bersama keluarga tercinta. Berbual, bertanya khabar, tolong menolong, bantu membantu, usik mengusik menjadi lumrah berkeluarga. Hai keluarga… kadang2 rasa serba salah bila tidak luangkan masa dengan keluarga, tapi apakan daya, masa tidak semestinya untuk keluarga semata-mata. Bila berjauhan terasa rindu, maka cutilah menjadi pengubatnya.

Macam-macam aktiviti boleh dibuat diwaktu lapang. Terdetik dalam hati “aku nak jadi apa ni, tiada langsung kerja hendak dibuat, asyik2 tidur, asyik2 makan, makan dan tidur. Macam sudah tiada kerja lain”. Putaran hidup ni kalau tak dimanfaatkan sebaiknya kitalah orang paling rugi dalam dunia. Kalau semut mampu bina busut selama sehari, kita pula apa yang mampu dilakukan dalam sehari? Nothing…nothing.. tiada apa yang berubah pun. Penyakit malas ini adalah penyakit bahaya yang teruk membarah dalam jiwa-jiwa manusia. Salah faham terhadap erti rehat menyebabkan kita sering lupa dan lalai. Terkadang, kesibukan orang menyebabkan datang perasaan cemburu amat sangat kerana mereka mampu isi masa dengan baik dan teratur. “Sikit2 ada program, sikit pergi sana pergi sini. Aii..biar betul budak tu takkan sibuk memanjang, aku relax je”. Perasaan beginilah selalu sangat berlegar dalam minda. Tapi tak pernah pun menanya diri, “aku ni taknak sibuk ke buat kebajikan?”. Padahal diluar sana masih ramai orang yang memerlukan bantuan dan harapan orang muda seperti kita.

Rehat yang berpanjangan takkan membawa apa keuntungan pada diri pun jika tak diurus dengan berkesan. Oleh itu, buat diri ini dan yang membaca, sama-sama kita membuat perancangan untuk cuti yang berbaki ini dan seterusnya mengisinya dengan suatu natijah bermakna. Mudah-mudahan apa yang dilaksanakan nanti beri kesan positif bagi diri sendiri mahupun orang di sekeliling. Wallau’alam

3 comments:

Anonymous said...

I like your blog

Abdul Qahhar ibn Mohd Noor said...

thanks..

Anonymous said...

It seems my language skills need to be strengthened, because I totally can not read your information, but I think this is a good BLOG