
Saya simpulkan 5 perkara atau matlamat untuk berkahwin. Bukan atas dasar suka-suka hendak berkahwin, tetapi bersebab dan bermatlamat. Jika kita ada matlamat dan cita-cita dalam perkahwinan, insyaAllah jalan yang akan kita telusuri berada dalam keadaan tenang dan berfokus.
Membawa Islam bukan sahaja di luar, tetapi untuk diri sendiri juga. Kita sibuk berdakwah di luar, sampaikan terlupa anak-anak, isteri, ibu bapa, adik beradik yang perlu juga ditarbiyah. Keluarga itu permata hati yang perlu dibawa sekali hingga ke syurga. Mungkin dalam tanggapan kita, kita sibuk melayan kerenah orang di luar, tetapi orang yang paling dekat dengan kita sendiri terabai. Abang hal abang, kakak dengan halnya, adik pun begitu, termasuklah kita. Kita rasakan masyarakat itu utama, sampai terlepas pandang isi dalam yang perlu di‘lunas’kan dahulu. Rasulullah sendiri memulakan dakwah Islam melalui keluarga, dari isterinya turun ke anak sendiri, tersebar pula kepada sepupu, bapa saudara dan seterusnya barulah mula turun ke masyarkat. Dari sembunyi-sembunyi, berterusan pula secara terang-terangan. Saya mahu bawa satu analogi bahawa pokok yang kuat asalnya dari benih yang baik, terus membentuk akar untuk menapak, kemudian tumbuh tunas yang memucuk. Kemudian gah sebagai sebatang pokok yang kian membesar laksana pokok balak yang sangat-sangat besar. Begitu juga dalam kehidupan kita dalam membawa Islam. Mula dulu dari keluarga, sanak saudara, rakan taulan, seterusnya masyarakat yang lebih besar. Jangan dek mengejar perkara yang besar, kita tertinggal orang yang tersayang. Bak pepatah mengejar tidak dapat, yang dikendong berciciran. Cek balik solat jemaah, taddarus al-Quran, tazkirah mingguan, makan berjemaah, aktiviti petang, gotong royong, puji memuji, gurau senda dan sebagainya. Adakah sudah wujud kasih sayang dan amalan Isalami sepenuhnya dalam diri kita? Jika belum, jom kita laksanakan. Apa hendak tunggu lagi? Jika ia sudah benar-benar kuat, kita susuli pula untuk peringkat seterusnya iaitu masyarakat.
“Kasih sayang itu titi, kasih sayang penghubung hati
kasih sayang itu tali, kasih sayang pengikat diri
dari kasih timbul simpati, dari sayang timbul persaudaraan....”
Sedikit lirik nasyid KASIH SAYANG dari Raihan. Bekahwin itu pastinya kita hendakkan kasih sayang. Cinta mencintai, rindu merindui, sayang menyayangi dan sewaktu dengannya. Itulah matlamat kahwin, orang tidak mahu apabila berkahwin timbul prasangka buruk, bergaduh, maki memaki, malu memalukan atau sebagainya. Kita hendak jalinkan hubungan dengan saling percaya mempercayai bersama pasangan. Tiada isu sangka buruk, tiada isu cemburu buta dan tiada isu tuduh menuduh. Kasih sayang itu perlu disulami dengan perkara baik-baik sahaja. Perkara buruk-buruk itu buang jauh-jauh. Jangan ada dalam fikiran, jangan biarkan terngiyang-ngiyang di kepala, jika tidak ia bakal merosakkan institusi keluarga. Naungilah bahtera perkahwinan itu dengan saling gurau senda, bersuka duka, cuit mencuit, puji memuji, bantu membantu, bertoleransi dan sebagainya. Sebagai contoh paling mudah, si isteri memanggil si suami dengan panggilan “abang”. Si suami pula memanggil isteri dengan panggilan “sayang”. InsyaAllah akan wujud dalam hati itu sikap sayang menyayangi. Pangilan abang menunjukkan “hormat”, panggilan sayang menunjukkan “cinta”. Panggilan-panggilan inilah doa yang sentiasa mengiringi dan menaungi pasangan. Allah juga turut yang memberkati, subhanallah.
Pasangan boleh diibaratkan rakan sekerja terbaik. Di luar bersama, apatah lagi di dalam. Ishh, kalau buat perniagaan bersama, insyaAllah cemerlang dan berjaya. Lihat sahaja Rasulullah dan Saidatina Khadijah, betapa gabungan yang mantap ini mampu melebarkan sayap perniagaan. Baik, dilihat pada hubungan perkahwinan, bersama dengan pasangan itu sudah pastinya dalam tempoh yang lama. Jadi, bila di luar rumah mungkin ada pejabat sendiri yang diuruskan bersama. Kemudian, setelah pulang pun boleh berbincang hal-hal perniagaan bersama. Idea-idea dicurahkan juga semasa berbual, bersembang dan sebagainya. Inilah ruang yang sangat bermanfaat digunakan oleh setiap pasangan. Setiap ruang dan peluang itu digunakan sebaik mungkin, tiada langsung masa kosong yang terbuang. Si suami pengarah, si isteri pula penolong pengarah. Hmmm, sangat ideal dan hebat. Pasangan itu fokusnya bukan setakat pasangan di rumah sahaja, tetapi di luar juga. Pasangan itu ibarat kawan rapat, rakan sekerja, adik beradik, saudara rapat, pesaing terhebat dan sewaktu dengannya. Suami dan isteri itu adalah segala-galanya bagi setiap pasangan. Kalau ada pepatah mengatakan kawan yang baik itu adalah segala-galanya, tetapi bagi saya tidak. Pasangan yang baik itulah segala-galanya bagi kita. Yakinlah kita pada pasangan yang kita sendiri pilih dan sayangi.
Sudah berkahwin, sudah mesti seterusnya mahukan anak. Mahu dengar gelak tawa anak-anak, gurau manja anak-anak. Mahu juga lihat wajah-wajah ceria dan comel anak-anak. Ini semua adalah keinginan yang lahir dari fitrah semula jadi hasil dari kasih sayang. Anak-anak itu permata hati ibu bapa atau suami isteri. Merekalah penyambung zuriat kita, penyambung nasab dan keturunan. Mereka juga pengganti kita, pewaris yang menerajui apa yang telah kita terajui sebelum ini. Penyambung semangat, cita-cita dan harapan yang belum lagi ditunaikan lagi semasa hayat kita. Mereka ibarat dahan pokok yang tumbuh secara bersambung dan bercabang-cabang lalu jadilah pokok yang sangat rendang iaitu satu keluarga yang besar dan berantai. Boleh juga saya katakan akan wujud satu kelompak masyarakat yang besar dan mampu bawa Islam secara kamil bermula dari hasil perkahwinan. Binaan ini mengukuhkan lagi empayar untuk membawa Islam ke seluruh pelusuk asalkan hubungan kekeluargaan itu didasari Islam sebagai tunjangnya. Inilah perajurit-perajurit Islam yang bakal dilahirkan. Komuniti keluarga yang sangat diidam-idamkan oleh saya juga.
Saya meletakkan perkara ini sebagai isu paling terakhir dalam perkahwinan. Kita kadang-kadang memang sukar untuk mengelak dari dosa maksiat dek nafsu syahwat. Maka jalan penyelesaiannya adalah perkahwinan. Tetapi jangan sesekali jadikan alasan ini adalah alasan paling utama untuk berkahwin. Banyak lagi isu yang perlu diketengahkan, kita mahu lahirkan anak-anak yang berkualiti. Kalau masih ada dalam diri perasaan perkahwinan itu didirikan atas dasar melepaskan nafsu semata-mata, kita tidak akan ke mana. Anak yang bakal dilahirkan tidak akan menjadi seperti apa yang kita idam-idamkan. Kita mahukan anak yang soleh, taat, patuh pada orang tua, menjaga maruah diri dan sebagainya. Oleh itu, kita perlu jadi idola mereka. Bukan mula sejak dari mereka lahir, tetapi sejak kita berkahwin lagi kita perlu jadi orang yang soleh dan solehah. Perbaiki diri dan persiapkan diri juga semaksimanya dalam hubungan perkahwinan. Tanamkan jiwa kasih sayang antara pasangan, pasti lodak nafsu itu berada di bawah naungan-Nya. Allah akan tenteramkan jiwa, tenangkan hati dan bersihkan minda. Jalannya adalah dengan mengingati Allah.
Terkini Pro Inside
:: Borak-borak ::
:: Artikel Terbaru ::
Followers
- Abdul Qahhar ibn Mohd Noor
- :: Insan kerdil yang sentiasa mengharap redha Tuhannya ::
:: Pengumuman ::
:: Diriku ::
:: HPA ::
:: Waktu Solat ::
:: Tautan Sahabat ::
:: Tautan Berita ::
:: Tautan Rujukan ::
:: Tautan Portal ::
Merenung dan muhasabah diri sendiri kerana dosa2 terhadap-Nya..

Sebagai permulaan bicara, saya timbulkan satu persoalan. Benarkah saya lalai? Saya tidak mengkhususkan saya lalai itu kepada saya seorang, tetapi lalai itu bagi sesiapa yang membaca persoalan ini. Bagi sesiapa yang membaca persoalan ini, sebenarnya dia menyoal dirinya sendiri. Benarkah saya lalai? Lalai kepada siapa? Kenapa saya lalai? Bagaimana saya boleh lalai? Bertalu-talu persoalan yang sepatutnya terngiang-ngiang dalam kotak pemikiran kita. Realitinya kita lalai dengan Allah. Percaya atau tidak, itulah realitinya. Hatta nabi pun lalai, apatah lagi kita ini manusia yang amat biasa. Saya tak nafikan saya juga lalai, bukan kadang-kadang, tetapi acap kali begitu. Saya mahu katakan, dosa kecil itulah yang melalaikan kita. Perkara yang remeh temeh itu jugalah sebenarnya membuatkan kita lupa kepada Allah.
Situasinya begini, saya sebagai seorang lelaki amat sukar sekali mengelak dosa kecil. Apa dosa kecil itu? Kecil, hampir-hampir sahaja tidak perasan, tetapi sebenarnya mengundang dosa. Melihat perempuan yang tidak bertudung, bukankah ia dosa? Berapa ramai perempuan yang tidak memakai tudung di dunia ini, termasuk yang bukan Islam? Ramai, terlalu ramai berbanding yang bertudung. Pergi ke kampus, jumpa. Pergi ke tempat kerja, jumpa. Pergi ke kedai pun jumpa. Pergi ke masjid pun kadang-kadang terjumpa. Tengok televisyen apatah lagi, pasti jumpa. Itu baru yang tidak bertudung, yang seksinya, yang tak senonohnya dan entah apa-apa lagi, semuanya juga terjumpa tanpa sengaja. Bagaimana hati ini tidak lalai? Dosa memenuhi ruang jiwa. Dosa inilah yang mengheret kita ke arah kelalaian. Dosa kecil yang dikumpul tanpa taubat, akan membenamkan lagi hati dari cahaya ilahi. Jangan sesekali meremehkan temehkan dosa kecil, kalau hari ini ia ada, pasti esoknya ia sudah beranak pinak. Anggaplah dosa kecil ini duri dalam daging.
Astaghfirulah al-‘azim. ISTIGHFAR, istighfarlah pengubatnya. Ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, isikan dengan istighfar dan zikir-zikir. Selepas solat, sediakan sedikit ruang masa untuk berzikir. Ketika sedang menunggu sahabat kita pun, di kala itu jugalah kita boleh berzikir. Malah dengan memuliakan tetamu dan rajin pula bersedekah, mudah-mudahan hati ini sentiasa bersih dan tenang. Terlepas dari belengu dosa-dosa yang membukit.
Bercakap-cakap kosong juga sebenarnya buat kita lalai. Tiada input berguna, tiada ilmu yang diisikan. Seronok bercakap, apatah lagi mengata orang. Secara tidak sedar, kita sudah pun mengaut dosa. Bila bercakap tanpa ilmu, bercakap pula hal-hal yang mengundang dosa membuatkan kita lalai kepada Allah. Hati ini kalau tidak diisi dengan suatu yang bermanfaat, yakin dan percayalah bahawa kita memberi ruang kepada syaitan untuk menggoda, memberi tipu helah, mengungkap kata-kata nista. Akhir sekali kita kecundang kerana salahnya juga adalah dari kita sendiri. Bukan sahaja membuat suatu yang tidak mendatangkan manfaat, malah memikirkannya juga menjemput lalai dalam hati kita. Ingat Allah yang Esa, pasti Allah lebih-lebih lagi mengingatkan kita.
Saya ingin kongsikan bagaimana pula solat boleh melalaikan kita. Kita faham solat itu mengingatkan kita, tetapi ia adalah sebaliknya. Memang solat itu mengingatkan kita pada Allah, pada Rasul, pada yaumu ad-din. Tetapi percayalah solat yang tidak khusyuk, solat yang main-main, solat yang buat alar kadar, solat yang diremeh temehkan, solat yang kadang-kadang, solat kerana terpaksa dan macam-macam lagi. Percayalah bahawa ia mengundang kelalaian yang paling dahsyat. Sangat dasyat. Hendak bersedekah jadi kedekut. Hendak menolong, tetapi jadi pentingkan diri. Hendak rajin, tetapi jadi malas. Hendak berbuat baik, tetapi cenderung berbuat jahat. Inilah malapetaka apabila solat itu tidak dilaksanakan sebaiknya. Solat itu, apabila dilaksanakan sebaiknya, timbul rasa tenang, didatangkan banyak ilham, dipermudahkan jalan, diberi petunjuk dari kebuntuan dan sebagainya. Solat itu kunci kebaikan, kalau kunci itu digunakan untuk membuka sebarang pintu apapun, pasti hasilnya adalah kebaikan.
Cuba kita hadapkan diri kepada Allah dengan sepenuh hati. Hati yang bersih akan terbitkan perasaan yang membuatkan kita tersentuh apabila sesuatu itu benar-benar datang dari Allah. Tiada paksaan, apatah lagi cuba dibuat-buat. Apabila berdoa, kita hadirkan dzuk yang menuzuk qalbu, kita hadirkan perasaan bahawa Allah itu dihadapan. Sedang memerhatikan kita, sedang menaungi kita dengan berkat-Nya, sedang melimpahkan kasih sayang-Nya, pasti akan hadir rasa yang amat indah dari apa yang terindah. Kita ungkapkan doa-doa yang kita sendiri fahami, kita tahu maksudnya dan ertinya. Dengan cara ini, kita benar-benar merasakan bahawa kita sedang berbual-bual dengan Allah. Kita akan rasakan Allah juga membalas setiap butir perkataan kita dengan rasa ketenangan.
“Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani, bersihkan hati kami, buangkan noda di hati, tunjuki kami jalan yang dikau redhai, bimbingi kami ke arah yang pasti, berikan kami destinasi yang hakiki dan golongkan kami ke golongan yang dikau cintai. Kami hanyalah hamba yang bermohon, bermunajat meminta simpati, lindungilah kami dari seksa api. Mudah-mudahan kami menjadi hamba-Mu yang sentiasa diberkati.”

Sama-samalah kita ingat mengingati amalan-amalan mulia yang penuh berkat ini.
Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"
- Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt
- Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
- Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt
- Barang siapa yang berpuasa 3 hari iaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat
- Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah
- Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga
- Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."
Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau di bulan Rejab ini."
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."
Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"
Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat kerana ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."
“Ai..geramnye. ikutkan hati lumat je aku kerjakan.” (kejamnye)
Tengah2 saat kecemasan, menunggu panggilan dari pelanggan. Saat itulah handset yang sudah lama dalam jagaan buat hal. 'Jam' sahaja memanjang, di saat kecemasan pula ia buat hal. Macam tahu-tahu sahaja ada kecemasan. Sebelum ini, itulah handset yang paling disayangi, calar sedikit pun tidak boleh, jatuh lagi-lagilah tidak boleh. Handset itu jugalah yang digunakan untuk buat panggilan dan mesej . Itu jugalah handset yang dibelek tiap-tiap hari. Itu jugalah handset yang ditatap tiap-tiap hari. Aii..alangkah sayangnya kita pada si dia.
Tapi bila tiba-tiba sahaja dia buat hal, kita pun naik geram. Rasa nak baling sahaja jauh-jauh, mahu dicampak sahaja ke dalam sungai atau di atas jalan. Kalau ada tukul atas tangan, mahu sahaja diguna mengetuk handset ini sampai pecah-pecah, lumat-lumat pun tak mengapa. Geram betul, berapi betul rasanya. Hilang sungguh kesabaran yang dididik selama ini. Tapi...
Tinggg.. terngiyang di minda. Ada satu siren amaran sudah berbunyi. Katakanlah handset yang selama ini kita jaga dengan penuh kasih sayang itu adalah ibu bapa kita, adik beradik kita, mungkin juga datuk nenek kita, ataupun mungkin juga pasangan kita (sapa yang dah kahwin ja no). Aduhhh… berbisa sungguh tikaman sembilu yang menghiris ini. Tertusuk-tusuk menikam kalbu. “Ada orang kata, mana boleh samakan orang yang kita sayang dengan benda-benda. Tak masuk dek akal.” Siapa kata kita tidak boleh samakan? Memang benda-benda itu manusia yang buat, tak bernyawa pun, tiada perasaan pun. Tapi ia adalah benda yang berjasa pada kita. Sekurang-kurangnya kita menghargai apa sahaja benda yang ada di depan kita, termasuklah binatang dan bukan hidupan. Kesabaran terhadap benda-benda seperti inilah yang akan mengajar dan mendidik kita agar lebih bersabar. Bersabar terhadap kerenah orang-orang yang berada di hadapan kita. Hendak menghadapi kerenah manusia adalah lebih perit dari menangani kerenah benda tidak bernyawa. Kalau dengan benda tidak hidup kita tak mampu nak bersabar, apatah lagi keranah manusia yang lebih besar. Haazaa mustahiilun..
Ada orang lain pula berkata, “aku boleh je sabar dengan orang yang aku sayang”. Memanglah boleh, sebab dah sayang, cuba kalau dah tak sayang. Asyik buat hal sahaja, menyusahkan lebih banyak dari menyenangkan. Pasti sudah kena penyepak agaknya. Padahal, mungkin orang yang kita sayang sudah banyak berjasa pada kita sebelum ni. Kesabaran ini hennak dipupuk tidak boleh dengan perkara-perkara yang besar terus, tetapi perlu dipupuk dari perkara asas dan kecil terlebih dahulu. Kalau akar tak kuat, masakan batang boleh berdiri tegak. Perkara asas itu menjadi tunjang dalam setiap aspek dan perkara. Tinggi manapun sebuah bangunan, kalau kakinya tirus, akhirnya tumbang ke tanah jua.
Sebut berkenaan kesabaran, tidak boleh sekadar sebut sahaja. “Aku sabar orangnya, penyabar yang sentiasa dalam jalan kesabaran.” Bagus punya ayat, tapi habuk pun tiada. Cuba kenang balik kisah-kisah lampau. Contohnya hilang duit, paling tidak terlanggar batu sahaja. Habis batu itu disumpah seranah, padahal diri sendiri yang melanggar batu. Batu yang tidak bersalah dan tak tahu berjalan itu pun yang menjadi mangsa maki hamun. Kasihan sungguh si batu. Entah-entah batu itu sumpah seranah kita balik sebab melanggar dia. “Buta ke? “ kata si batu. Camtulah alkisahnya. Kalau kita mampu bersabar terhadap perkara-perkara remeh temeh, insyaAllah kita mampu mempertingkatkan kesabaran kita. Tidak begitu? Benda remeh temeh, apalah yang hendak dipedulikan sangat. Biarkan sahaja, abaikan, buat tidak tahu. Kalau orang langgar kita tidak minta maaf pun, kita buat-buatlah tidak perasan, buat dono sahaja. Maafkan sahajalah kesalahan dia dalam hati. Apalah yang nak disusahkan, pi tengking atau marah dia. Buat sakit tekak sahaja. Hidup ini sentiasa dalam kegembiraan kalau kita ni orang yang bersabar. Alangkah nikmatnya bersabar..
Berbalik pula pada kisah handset tadi, akhirnya disebabkan siren yang mengganas. Penulis sendiri telah menyimpan semula handset tersebut. Tak jadilah hendak dicampak, pergi ke kedai, keluar duit sedikit dan terus membaikinya. Alhamdulillah, sekarang sudah tidak buat hal.. berkat kesabaran yang tinggi, jitu lagi persis.. (“,)..Wallahua’lam…
وَالْعَصْرِ {1} إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ {2} إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا
وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ {3
Cuti-cuti Malaysia, gamat sungguh bila adanya cuti. Inilah peluang dan saat-saat mahu berehat. Hilangkan 'tension', mungkin 'tension' sebab belajar, mungkin juga sebab mengajar (bagi sesiapa yang menjadi guru). Baki sebulan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti. Itupun belum pasti, mana tahu ada pula yang menghabiskan dengan goyang kaki. Duduk rumah dengan bersahaja tanpa sebarang aktiviti berfaedah. Bagi golongan pelajar, cuti memang jadi hari yang bertuah, hari yang paling dinantikan. Kebiasaannya, cuti menjadi hari membalas dendam selepas berhempas pulas dalam pelajaran. Seolah-olah cuti menjadi hari melepaskan segala kepayahan selama ini. Apa yang dipelajari terus hilang seperti pam tangki tandas yang baru sahaja di’flush’. Oh..oh tidak.. bukan itu yang sepatutnya kita lalui.
Apalah ada pada cuti, melainkan ia dimanfaatkan sebaiknya. Terkadang tanggungjawab sudah menenggelamkan erti cuti. Tapi apabila ada cuti, inilah peluang yang sebaik-baiknya digunakan bersama keluarga tercinta. Berbual, bertanya khabar, tolong menolong, bantu membantu, usik mengusik menjadi lumrah berkeluarga. Hai keluarga… kadang2 rasa serba salah bila tidak luangkan masa dengan keluarga, tapi apakan daya, masa tidak semestinya untuk keluarga semata-mata. Bila berjauhan terasa rindu, maka cutilah menjadi pengubatnya.
Macam-macam aktiviti boleh dibuat diwaktu lapang. Terdetik dalam hati “aku nak jadi apa ni, tiada langsung kerja hendak dibuat, asyik2 tidur, asyik2 makan, makan dan tidur. Macam sudah tiada kerja lain”. Putaran hidup ni kalau tak dimanfaatkan sebaiknya kitalah orang paling rugi dalam dunia. Kalau semut mampu bina busut selama sehari, kita pula apa yang mampu dilakukan dalam sehari? Nothing…nothing.. tiada apa yang berubah pun. Penyakit malas ini adalah penyakit bahaya yang teruk membarah dalam jiwa-jiwa manusia. Salah faham terhadap erti rehat menyebabkan kita sering lupa dan lalai. Terkadang, kesibukan orang menyebabkan datang perasaan cemburu amat sangat kerana mereka mampu isi masa dengan baik dan teratur. “Sikit2 ada program, sikit pergi sana pergi sini. Aii..biar betul budak tu takkan sibuk memanjang, aku relax je”. Perasaan beginilah selalu sangat berlegar dalam minda. Tapi tak pernah pun menanya diri, “aku ni taknak sibuk ke buat kebajikan?”. Padahal diluar sana masih ramai orang yang memerlukan bantuan dan harapan orang muda seperti kita.
Rehat yang berpanjangan takkan membawa apa keuntungan pada diri pun jika tak diurus dengan berkesan. Oleh itu, buat diri ini dan yang membaca, sama-sama kita membuat perancangan untuk cuti yang berbaki ini dan seterusnya mengisinya dengan suatu natijah bermakna. Mudah-mudahan apa yang dilaksanakan nanti beri kesan positif bagi diri sendiri mahupun orang di sekeliling. Wallau’alam
Ah sudah.. dia dah terlepas dah. camne ni.. ada je benda yang tak patut dibuatnya nanti ni. Hai nafsu mana kau nak pergi ha. Balik2, tak payah pergi mana2. Aku nak tambat kau ni. Jangan lari.. maka lari la si nafsu ni sesuka hati menggodek2 jiwaku. Merayau dan mengusik hati dan jiwaku untuk membuat maksiat. Hati pun berkata : “biarkanlah si nafsu tu jalan2 keluar jap, apa salahnya. Dah lama sangat aku tak jumpa nafsu. Apa khabar la nafsu agaknya. Sihat ke sakit agaknya. Hai nafsu apa khabar kau hari ni?”. Nak buat camne hati, dah lama aku kena kurung dengan rohani, makin kurus aku dibuatnya, “jawab nafsu.
Berkata pula rohaniku, “Cis, gila ke apa hati ni?”. Boleh dia nak main2 dengan nafsu laknat ni. Takde benda lain ke kau nak jumpa hati, jumpalah Allah yang maha Esa. Kan Dia sebaik2 pertemuan. Aku bosan la rohani, aku rindu sangat dengan nafsu. Aku nak rasa nikmat macam dulu, boleh aku pergi berfoya2, enjoy, relax2, tidur 24 jam sehari, tengok perempuan dan macam2 lagi la aku nak buat. Kau jangan buang tabiat hati, penat aku didik kau supaya dikasihi Allah, tapi ini hakikat yang kau pilih. Apakah neraka tu pilihan kau berbanding syurga? Mana janji kau selama ni untuk mendampingi Allah, Rasulullah, para sahabat dan orang-orang yang bertaqwa. Takkan itu sebagai pemanis bicara kau bila bertemu dengan Allah? Malu aku hati, malu aku kalau kau pilih jalan kerosakan. Takkan kau dah tertutup memilih jalan-jalan yang diredhai-Nya? Sedih aku ini melihat kau begini…
Berkata pula nafsu,” hei hati, jangan kau layan dengan rohani ni, jom ikut aku, aku boleh tunaikan permintaan kau. Kalau kau layan sangat dengan rohani ni, kau tu dianggapnya macam budak-budak je, dia pulak macam mak nenek, membebel sepanjang masa. Jom, tinggalkan rohani tu. Kau pulak rohani, kau duduk diam2 kat situ. Jangan sesekali ganggu kami. Biar kau tahu pula camne aku kurus lepas kau kurung aku sekian lama. Kau pula hati, akan aku layan kau macam maharaja, belai dengan sebelai belainya, akan aku penuhi segala permintaanmu, akan ku dampingimu sepanjang masa. Biar kita sama2 hidup di dunia ni. Sungguh lembut kata2 nafsu, jika ada yang mendengarnya sudah pasti cair bak aiskrim di bawah panahan matahari.
Berkata pula hati,”blur pulak aku dibuatnya, mana satu pulak la aku nak ikut ni, confius2.” Maka hati pun berfikir sejenak.. akhirnya hati memilih salah satu dari mereka, jawapannya adalah IA BERADA DI TANGAN ANDA, TEPUK DADA, TANYALAH IMAN.
Terlepasnya nafsu kerana :
Semaikan diri dengan kesibukan ibadah dan kerja yang berfaedah, agar kita selamat dari godaan2 dan tipu daya nafsu. Semoga kita kekal dengan nur Ilahi..
:: NAFSU BERMARAJARELA :: Sila Klik..
Buat panduan, terutama kaum WANITA
Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah Engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadaMu, (bahkan) Kamilah Yang memberi rezeki kepadamu. dan (ingatlah) kesudahan Yang baik adalah bagi orang-orang Yang bertaqwa. (Thaahaa : 132)
- Bersedekahlah
Rezeki yang Allah beri bukanlah sekadar kekayaan harta benda berupa wang, bahkan kesihatan, kejayaan, keluarga, keimanan, ketaqwaan dan semua yang berkait dengan kehidupan kita seluruhnya merupakan rezeki dari Allah. Allahlah selayak2 Pemberi, tetapi bagaimana pula dengan kita? Mampukah kita memberi apa yang telah Allah berikan kepada kita? Soalan yang sukar untuk dijawab. Lebih2 lagi untuk menjawab dengan sepenuh keikhlasan. Rata2 di kalangan kita begitu lokek untuk memberi, tetapi begitu panjang tangan bila menerima. Itulah dia manusia. Tidak dinafikan penulis juga begitu, tapi kesedaran membuatkan diri ini sentiasa berubah kepada lebih baik. Sedikit cerita pengalaman dari penulis…
Al-kisah, dulunya penulis memang terlalu jimat cermat. Biasalah orang muda yang sentiasa pandang kehadapan (“,). Dengan jimat cermat boleh ‘cover’ untuk masa depan. Yakin sungguh penulis masa tu. Nak bagi pinjam pulak punyalah berat hati. Bila dah memberi mengungkit pulak dalam hati. Tapi apakan daya dalam tempoh 1 semester, Allah telah beri jawapan yang tepat pada penulis. Dalam tempoh tu, banyaklah masalah melibatkan kewangan berlaku. 2 kali kena saman, langgar lampu isyarat dan tak pakai topi keledar. Sebelum ni buat camtu takde pulak ter’kantoi’. Masalahnya polis tu datang tanpa disangka2. Memang betul2 Allah nak menguji. Selain tu, masalah motor. Enjin motor pulak buat masalah sedangkan jaga bagaikan menatang minyak yang penuh. Ada lagi masalah2 yang melanda, tapi penulis pun dah lupa sebab dah lama. Bila buat kira2, penulis dah kehilangan hampir RM500 lebih. Penulis terfikir sejenak, apa la Allah nak ambil lagi lepas ni agaknya? Apa salah daku? Kan alangkah baiknya duit yang melayang tu masuk ke rumah anak yatim ke, masjid ke, derma sekolah ke. Banyak pahala dapat. Kata2 ni sekali lagi buat penulis berfikir, rupa2nya penulis sendiri begitu lokek untuk memberi tapi panjang tangan bila menerima. Sedar jugak akhirnya.
Dan kini, penulis dah berubah dah. Masih berjimat, tapi tak lokek untuk membantu bagi yang memerlukan. Dan paling penting, tak mengungkit dan mengharapkan balasan. Dah bagi, tapi mengungkit2, tu menunjukkan kita tidaklah ikhlas dalam memberi. Kalau nak bagi, bagi je, pastu zip hati dan mulut rapat2. Bukan senang untuk memberi lagi2 poket yang penuh dengan duit. Sayang yang teramat sangat. Pertama sekali dalam fikiran mestilah duit yang ada untuk ‘enjoy’ dan beli macam2. Nak infaqkan jauh skali. Kalau buat pun mungkin akan jadi perkara paling akhir.
(Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) Bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa Yang dikehendakiNya (sebagai cubaan Adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya), dan ia juga Yang menyempitkannya (sebagai ujian sama ada diterima Dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang Yang beriman. (ar-Ruum : 37)
Ada beberapa cara efektif untuk bersedekah. Untuk perkongsian bersama :
- Beli 1 @ banyak barang keperluan dengan duit sendiri, kemudian biarkan barang tu jadi kegunaan kawan2 serumah @ keluarga sendiri.
- Sedekah untuk masjid dan peminta sedekah.
- Derma untuk rakan yang ditimpa musibah, anak yatim, pembinaan sekolah, masjid dll
- Mudahkan beri pinjam bagi yang memerlukan. Katakan si peminjam lupa untuk pulangkan, maka halalkan. Kalau orang tu pinjam untuk beli ‘cd game’ @ buat maksiat, jangan dilayan.
- Bagi ‘angpau’ untuk anak buah bila raya
- Belikan sesuatu untuk keluarga
- Hadiah @ belanja sesuatu untuk sahabat2. Untuk pasangan ‘couple’, harap dijauhkan. Membazir je.
Siapakah orangnya Yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman Yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya Dengan berganda-ganda banyaknya? dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. (al-Baqarah : 245)
- Kesan dari sedekah
- Peluang untuk membuat dan mendapatkan duit dipermudahkan
- Kita sendiri menerima sedekah dari orang. Apalagi, orang dah bagi kita ambillah.
- Duit simpanan tak kering. Tak berkurang sangat, padahal sebulan dah belanja hampir RM600.
- Beli barang sama dan di tempat yang sama dengan kawan, tapi kita dapat dengan harga lebih murah.
- Masalah kewangan terus selesai tanpa keluarkan duit sesen pun. Contohnya penulis pernah tunggang motor laju, nak kejar masa punya pasal. Hampir2 je terlanggar sorang penunggang ni. Apalagi, dia dengan muka merah padam meminta lesen penulis, terketar2 penulis mengeluarkan lesen. Maklumlah salah sendiri. Pastu dia telefon siapa pun penulis tak tau, mungkin polis untuk menyaman penulis. Dengan rendah diri, penulis memohon maaf dan bersalaman dengannya. Akhirnya penulis dilepaskan.. fuhh..terasa duit dalam bank selamat dari membayar saman. Alhamdulillah, Allah jadi penyelamat.
- Senang cerita, semuanya dipermudahkan.

Inilah medan yang menjadi peperangan menggunakan sebilah pena di atas hamparan kertas putih lagi bergaris. Tidak disangka peperangan kali ini akan menjadi penentu kepada pencapaian selama ini. Sejauh mana kebolehan pencapaian itu, bergantunglah pada takdir yang tersurat di satu lembaran bernama ‘result’.Inginkan kejayaan
Jauh di sudut hati, sesiapa sahaja menginginkan kejayaan. Sedangkan seorang yang jelas kebodohannya pun menginginkan kejayaan apatah lagi yang lebih pandai. Kejayaan itu adalah milik bagi sesiapa sahaja yang menginginkannya. Bagi yang tidak mempedulikan apa itu erti kejayaan, tidaklah layak baginya sebarang kejayaan.Usaha sebagai metod
Sering kita dengar ayat ini “man jadda wajada : siapa bersungguh, maka dia dapat apa yang dihajatinya”. Usaha adalah satu metod atau cara yang menjadi perkara biasa untuk sesiapa menggapai kejayaan. Tepuk dada, tanya diri, bersediakah kita? Walau sepandai mana tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga, inikan pula manusia yang sememangnya selalu lalai dan alpa. Biarpun pandai, itu bukanlah tiket percuma menempa kejayaan.Sedar diri
Kadang kala sedar diri itu begitu penting buat diri untuk berfikir sejenak siapakah kita. Layakkah untuk menempa kejayaan dengan keadaan yang serba daif? Pandai tapi sombong, rajin tapi demi exam semata, baik pada zahir tapi buruk pada batin dan begitu jugalah sebaliknya. Persoalan ’layakkah’ akan membuatkan kita akan memperbaiki lagi sikap dan perangai yang sedia ada.Doa
Doa merupakan 1 lagi perkara penting yang mampu menjadikan 1 kejayaan itu benar2 menjadi realiti. Tak usah mengatakan dengan usaha yang keras sudah memadai untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Kalau Allah tak izinkan, maka jangan haraplah. Sebagai contoh, Allah timpakan kita kemalangan pada waktu peperiksaan. Kan dah tak dapat nak pergi exam. Jadi, perbanyakkanlah doa dan solat hajat. Tak usah sesekali menyombongkan diri.Niat
Dalam berdoa pun kita perlu kenalpasti apakah niat kita untuk berjaya. Adakah berjaya untuk dapat A semua subjek? Adakah untuk dapatkan anugerah dekan? Adakah untuk dapatkan pujian dari kawan2, pensyarah2 dan ibu bapa? Adakah demi memudahkan untuk mendapatkan pekerjaan kelak atau apakah niat kalian sebenarnya? Cuba renungkan kembali niat2 ni semua.. adakah ini semua akan menjamin kita akan mendapatkan kejayaan yang sejati atau realiti? Penulis sendiri begitu malu untuk memohon kepada Allah berdoa untuk mendapatkan A dalam semua subjek. Cukup2 malu yang teramat sangat, tapi mungkin bukan di hati sahabat sekalian. Apa yang penulis harap dan doakan, kejayaan yang akan dikecapi nanti mampu memberi kelebihan dan manfaat pada Islam termasuk diri sendiri. Biarlah kejayaan dalam exam tu tak tercapai, tapi kejayaan tu akan diperoleh pada masa akan datang. Maka, dalam situasi ni tiadalah perasaan frust, pressure atau sewaktunya jika ‘target’ tak tercapai walaupun usaha dah sampai tahap separuh mati. Allah tu maha Pengasih lagi maha Penyayang. Ilmu yang kita perolehi itupun sudah cukup berharga nilainya. Dengan ilmu itulah kita boleh terus ‘survive’ dan berjaya.Kesimpulan
Serba ringkas dan padat. Perkemaskanlah diri kita dengan ilmu yang kita perolehi dengan sebaiknya. Moga2 kejayaan menjadi milik kita. Sama2lah kita berdoa memohon ke hadrat Ilahi demi kejayaan bersama.. wassalam..
""Aku dah besar untuk buat keputusan, takde siapa boleh halang aku. Siapa orang lain nak tegur aku, siapa dia nak jaga tepi kain orang. Aku adalah aku, dan kau adalah kau. Dunia kita adalah dunia yang berbeza..."
Ungkapan ni begitu kerap kita dengar bagi mereka yang merasakan dirinya sudah cukup hebat. Mungkin juga bagi mereka yang merasakan diri mereka sudah cukup bagus. Dan mungkin juga kerana mereka sangka mereka sudah capai satu tahap yang mutlak, jadi manusia yang sebenarlah kononnya. Tiada ke mana maknanya erti manusia sebenar, kalau diri itu tidak balik kepada fitrah manusia. Melainkan golongan ini terlalu menghayati maksud manusia, sebab tu betul-betul jadi manusia. Manusia inikan berasal dari perkataan ‘nasia’ , iaitu lupa. Maka jadilah dia sebagai manusia yang lupa lagi alpa. Itukah yang difahami oleh mereka agaknya?
Penulis mahu menekankan di sini bahawa diri manusia yang sebenar adalah mereka yang kembali kepada fitrah. Fitrah di sini maksudnya, bahawa kita kembali kepada diri kita yang sebenar iaitu roh yang belum ditiupkan ke jasad. Roh yang mengaku Allah itu adalah tuhannya. Roh yang begitu patuh pada tuhannya. Roh yang menganggap segala-galanya adalah demi Allah.
Tapi menjadi persoalan, betul ke kalau ungkapan sudah besar itu betul-betul menunjukkan kita ini sudah cukup matang? Pandangan orang lain tu dianggap gangguan-gangguan seperti langau-langau berterbangan. Cukup matangkah apabila kita sudah mampu buat sebarang keputusan? Baru mampu buat keputusan saja, belum tahu lagi betul ke tidaknya keputusan tu. Jadi, buat apa hendak mendabik dada? Perasan diri tu macam tahu segalanya.
Tidak dinafikan apabila seseorang tu apabila ditegur, maka terasalah dirinya seperti ditembak oleh peluru berpandu, terasa juga hati seperti dihirih sembilu. Aduhhhhh, sakit lagi pedih… sukar betul hendak terima teguran, itulah yang membuatkan diri kita begitu ego untuk terima nasihat dan teguran orang. Tapi, apabila seseorang itu mampu menerima teguran orang dengan baik dan terbuka, maka dia sudah sampai 1 tahap kebaikan iaitu kesabaran. Ketabahan dan kesabaran bukanlah 1 perkara yang mudah dicapai oleh mana-mana orang. Ia hanya dicapai oleh orang yang betul-betul tawadduq @ rendah diri. Rasa diri kerdil dan perlukan nasihat. Kemudian laksanakan perkara yang telah dinasihati, maka dia akan beroleh lagi kebaikan kerana mengerjakan kebaikan dari nasihat tersebut.
Untuk capai tawadduq, perlulah kita ini mendekatkan diri kepada Allah, menginsafi kesilapan dan muhasabah diri. Tak terlepas diri ini dari melakukan kesilapan. Silapnya diri ini kalau rasa tiada langsung kesilapan pernah dilakukan. Percaya atau tidak, kita akan lakukan kesilapan setiap hari. Ini bukan kisah dongengan atau hikayat. Tetapi kalau rasa diri lebih baik dan terbaik. Silalah hidup dalam kesombongan.
Penulis sebagai pemerhati, kebanyakan ungkapan ni biasa diperkatakan oleh remaja dan orang tua. Tapi golongan orang tua ni lain sikit bunyinya. Lebih kurang seperti ini bunyinya : “Siapa kau nak tegur aku, kau apa tau? Kau tu baru je nak hidup, berhingus lagi. Aku ni lebih banyak makan garam dari kau. Sibuk nak jaga tepi kain orang. Kubur pun masing-masing, pandai-pandailah nak hidup. Menyibuk saja kerjanye.”
Inilah antara ungkapan orang tua yang rumah kata pergi, kubur kata mari. Kita yang nak dakwah orang sebegini pun boleh jadi berapi bila dengar dia bercakap. Terbakar-bakar rasanya telinga. Tahulah dia makan banyak garam, tapi macamlah garam tu buat dia jadi pandai. Kain aku banyak, buat apa nak jaga tepi kain orang pulak, tak pasal-pasal je. Kubur pulak, memang la asing2, tapi kalau kena bersebelahan dengan kubur aku tak ke naye.ceh…
Tapi bagi golongan dewasa yang rasional, mereka ini lebih terbuka dan professional. Kematangan mereka pun mampu membuatkan mereka memikirkan sesuatu yang lebih baik. Maka, jadilah anda sebagai seorang dewasa matang yang rasional lagi islamik. Buat sesuatu berdasarkan al-Quran dan al-Hadith. Mendapat pandangan dari yang lebih ‘arif. Kan itu adalah sebaik2 jalan.

Belum jauh meninggalkan Ramadhan.. terkadang diri masih lagi seperti diri sebelum Ramadhan. Itulah manusia yang dipanggil insan. Lupa dan sentiasa lupa dengan arus2 yang diri sendiri susah untuk tangani. Penulis sendiri cuba sedaya upaya untuk kekalkan momentum Ramadhan. Mudah2an Allah tak pudarkan semangat yang dibina sampi hayat di penghujung nyawa. Kita dah ditarbiyah dengan bulan yang paling di rindui bagi sesiapa yang merindui.. tak tersemat ke dalam hati atau sanubari ni bahawa kita telah menghancurkan permata yang kita sendiri ukir. Sedih..sedih dan teramatlah sedih.. kita mensia – siakan hari2 dan detik2 yang kita sendiri bina di bulan Ramadhan. Rugi.. rugi dan teramatlah rugi kita ni.. sapa yang masih tak sedar lagi tu.. sedar la dari tipuan dunia wahai sahabat..
Kita pertingkatkan ibadah, kita perbaiki akhlak, kita biarkan diri selalu mendapat pahala dan jauhkan diri dari dosa.. tapi apa makna dan nilainya semua ini kalau kita kembali ke zaman jahiliyyah sebelum Ramadhan.. letih2 dan susah2 kita nak dapat darjat taqwa, tapi lepas je Ramadhan masuk je Syawal, datang la semula perangai2 lama. Apa yang ditingalkan dalam bulan Ramadhan, itulah benda yang dibuat kembali. samalah kita bak kerdipan lampu yang menyala, bila di “switch on” baru menyala, bila di “switch off”.. terpadam la buat selama2nya..kalau penulis sebagai penilai, confirm golongan ni la akan penulis bagi fail dulu.
Jangan sekali-kali kita jadikan ibadah dan amalan kita kerana RAMADHAN.. kebagusan dan kebaikan kita hanya semata2 di bulan Ramadhan. Tu la satu2nya bulan untuk kita jadi orang bertaqwa.. maka kita silap lagi jauh menyimpang. Perlakuan kita, mahupun amalan sebaik2nya adalah kerana Allah. Bukan Ramadhan yang menentukan hidup mati kita. Tapi Allah yang jadi sebaik2 penilai dan penentu segalanya.
Jangan biarkan diri kita buat sesuatu hanya kerana sesuatu. Yang mana sesuatu tu tak akan bagi manfaat pun pada kita. Ramadhan hanyalah 1 bulan yang di dalamnya ada nikmat pahala, tapi yang memberi pahala hanyalah Allah. Ramadhan tak mampu untuk bagi apa2pun pada kita. Tanamkan dalam diri kita bahawa kita buat sesuatu hanya kerana Allah, pasti ada ganjaran yang lebih besar. Kita adalah hamba Allah, bukannya hamba kepada bulan yang namanya RAMADHAN. Tanamkan juga rasa rugi kalau kita kembali pada perangai lama..tanamkan rasa sakit hati bila ulang perangai lama.. tanamkan juga rasa benci bila buat perangai lama..
Buat sahabat yang masih lagi istiqamah dalam memperjuangkan diri sendiri, penulis megucapkan SYABAS. Sahabat mampu melangkah kehadapan. Inilah pejuang2 yang mampu bangun bersama Islam, agama tercinta.. pejuang2 yang tak pudar semangat hanya kerana perkara remeh temeh.. membangun bersama Islam.. Salam PERJUANGAN, Salam KEMENANGAN..

Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar dan utama yang diturunkan oleh Allah kepada nabi kita Muhammad s.a.w. Ia merupakan petunjuk yang paling baik untuk umat manusia sehingga hari qiamat dalam mencari keredhaan Allah seterusnya mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
Di antara kelebihan membaca serta menghayati segala isi al-Quran dapat dilihat melalui beberapa petikan hadis nabi s.a.w sebagai pedoman kepada kita semua.
Kesempatan yang ada di bulan Ramadhan ini, gunakanlah peluang yang ada sebaik-baiknya. Jadikan amalan membaca dan menghayati al-Quran itu sebagai pengisian hati buat diri...
Klik di bawah bagi sesiapa yang mahukan ebook terjemahan al-Quran.



