Membayang dan memikirkan ciptaan-Nya..
Merenung dan muhasabah diri sendiri kerana dosa2 terhadap-Nya..
Image Hosted by ImageShack.us
12:57 AM

KEHIDUPAN

    Fananya sebuah kehidupan
    Itulah dia kehidupan dunia
    Bosannya ku rasa ke tua
    Mencengkam kelubuk hati

    Hinggakan buntu..
    Buntu yang tak lekang dari jiwa
    Teramatlah sakitnya
    Membuat jiwa terumbang ambing
    Di tekan arus dunia

    Tenggelamnya aku di tengah-tengah dosa
    Kealpaan, kemaksiatan, kehinaan

    Allahuakbar !!!...
    Kalimah takbir yang berkuasa
    Kata-kata yang membangkitkan rasa
    Meletuskan semangat yang berkobar-kobar
    Menentang kebatilan, menegakkan kebenaran

    Allah yang maha Besar
    Jihad kembali meletus semula
    Dengan takbir Allahuakbar
    Bergema megah di udara
    Bekeliaran sana sini perjuangan
    Menegakkan agamaMu yang suci

    Ya Allah..
    Perjuang-pejuangMu kini bangkit
    Untuk mendapatkan hak
    Hak yang dulunya telah dirampas
    Oleh mereka..
    Mereka yang tamakkan dunia..

0 comments: