Membayang dan memikirkan ciptaan-Nya..
Merenung dan muhasabah diri sendiri kerana dosa2 terhadap-Nya..
Image Hosted by ImageShack.us

Kini HPA sekali lagi memberi pendekatan baru dalam bidang keusahawanan. Selepas kejayaan Radix FC meletup baru – baru ini, ia memberi pengaruh yang besar dalam bidang perniagaan ayam. Kalau dulu KFC dikatakan industri makanan berupa ayam yang paling hebat. Kini Radix FC yang menerajuinya.. Tidak sampai pun pembukaannya selama 4 bulan, keuntungannya menyebabkan jualan KFC menurun sebanyak 30%. Tidak puas hati dengan penurunan keuntungan KFC, pihak KFC sendiri turun untuk mengenakan tindakan ke atas Radix FC kepunyaan HPA. Dikhabarkan bahawa apa saja yang hampir sama dengan imej KFC perlu ditukar untuk mengelakkan tindakan dikenakan kepada Radix FC. Mungkin warna, nama atau yang berkaitan terpaksa ditukar, itulah gertakan dari pihak KFC.







Adat dalam meniaga ada untung dan rugi, dan sememangnya ada persaingan. Tapi KFC seolah2 tak boleh menerima hakikat bahawa syarikat mereka tak mampu menyaingi produk Islam. Bukti kehebatan Islam, tapi masih ada lagi orang tak yakin ataupun kurang yakin dengan produk Islam. Kini, Radix FC adalah bukti yang nyata lagi jelas. Siapa yang masih kabur lagi, diharap buka mata seluas2nya, bahawa Islam dah bangun dan terus membangun.

Inilah dia produk yang umat Islam nanti2kan. Sekarang apabila alternatif tu sudah ada, maka akan berpusu2 umat manusia akan mencarinya. Penulis mahu berkongsi bahawa inilah alternatif yang sebaik2 perlu digunakan, tanamkan keyakinan bahawa inilah produk yang kita mahukan.

Kelebihan Radix FC adalah standing KFC, tetapi yang melebihkannya dari KFC adalah ia bukan sekadar ayam biasa, tetapi ayam organik yang dijadikan bahan makanan. Sedangkan ayam KFC hanyalah sekadar ayam biasa. Malah ia juga diyakini halal dan merupakan produk Muslim. Segala pilihan dalam KFC juga ada dalam Radix FC. Jadi jangan ditunggu dengan keenakan Radix FC yang menjilat jari..nyum..

11 comments:

Anonymous said...

salam... radix fc mmg menarik namun dikatakan masih tidak dapat menandingi produk2 kfc kerana ayamnya berminyak... sudah pasti sgt merbahaya utk pengguna dan saya masih meragui radix fc kerana jika dia mengatakan produk islam yg patut digunakan bersama maka pihak hpa patut berhenti menggunakan produk Nestle sbgai salah satu hidangan dalam radix fc dan membaik pulih imej pekerja di sana kerana apa yg ana nampak pekerja perempuan rfc memasukkan tudung di dalam baju... jadi, jelas menampakkan bahagian dada yang tidak tertutup... ana berharap pihak hpa dapat meneliti perkara2 ini kalau betul mereka ingin menegakkan ekonomi Islam...

Abdul Qahhar ibn Mohd Noor said...

salam.. mmg ada kekurangan skit pada radix FC..tp ni akan diperbaiki sikit demi sdkt. x semua perkara akan perfect serta merta. pasal pekerja perempuan takkan nk suruh dia pakai tudung keluar baju.. susah nk bt keje, lg2 plggn yg ramai.. kalau tudung tu dijahit skali dgn baju pun, belum tentu berbaloi.. kalau ada cdgn lebih baik dipersilakan...

Anonymous said...

hmmm... klu cmtu, maknanya perniagaan lagi dipentingkanlah drpd menutup aurat? bg ana salah dhtu.... matlamat xmenghalalkan cara.... byk cara utk menutup aurat.... demi Islam, xsalah klu kita berusaha sikit... ape salahnya kalau dijahitkan tudung bersama baju itu.... xkanlah xberbaloi kluar sedikit belanja demi menutup aurat? bagi ana, ana sggp bersusah payah selagi tidak melanggar syariat...

Abdul Qahhar ibn Mohd Noor said...

betul..ana setuju. tp byk aspek kena perhati dl.. ana x berada dlm situasi mereka. mgkn mereka dh bt postmortem dn itu penyelesaiannya.. cuma skrg kita kena bg cdgn @ kaedah yg lebih baik.. cnthnya jahit dgn baju skali, mksdnya 2 dlm 1..ana nmpk keadaannya sm mcm msk tdg ke dalam.. xtau la pndgn nti camne..

Anonymous said...

pendapat ana, janganlaa dijahit secara melekap antara tudung dengan baju tetapi dijahit hanya untuk memastikan tudung tersebut tidak mengganggu perjalanan kerja mereka... ana sendiri pn penah buat mcm tu... ana hanya pinkan saja tudung ana ke baju ana... alhamdulillah okay jer....

Abdul Qahhar ibn Mohd Noor said...

kalau pinkan tudungkan ke baju, baru ana nmpk.. cara tu lebih elok skit.. insyaAllah ana cuba sampaikan idea ni..

Anonymous said...

boleh ana tahu mcm mana enta nak sampaikan? enta org kuat HPA ker? maksud ana berkenal rapat ker dgn tuan haji ismail???

Abdul Qahhar ibn Mohd Noor said...

nak kata org kuat tu xde la..lgpun ana duk jauh, n9.. ana ada join PBC kat masjid Ghufran, Damansara. dr situ ada kenal PJS HPA.. blh inform apa2 yg patut. buat masa skrg ana just hntr email kat pihak HPA utk idea tu..

Anonymous said...

salam ... ana belum pernah pergi ke RFC tetapi jika yang dikatakan Raudhah itu betul, maka ana bersetuju .. pertama makanan atau minuman RFC mestilah 100% produk HPA atau halal dan tidak terlibat langsung dengan mana-mana syarikat yang menyumbang kepada Israel ... kedua ... penampilan pekerja mestilah selaras dengan syariat terutamanya pekerja wanita ... pada ana tudung kalaupun yang labuh bukanlah penghalang .. kita tunjukkan bahawa dengan fesyen yang dibawa Islam kita boleh bekerja .. secara profesional dan ikut syariat .. kalau kita nak berniaga atas nama Islam

Anonymous said...

buat raudhah nobody is perfect okey.. jngan la condem org je.. be a person that have a profesional attitude.. org beli mkn takder nye nak tgk org tue tutup aurat ker tak..customer pun tak kesah if awak rasa berdosa awak tgk diorng pakai tudung mcm tue.. tak pyh la tgk.. kdg2.. org asyik pertikai kesalahn yang kecik, benda kebaikan yang dia bt.. tak pandang pun.. itulah manusia..
macamana orng islam nak maju.. saya tak pandai ttg agama tapi dari segi realitynye..kita tak dapt ubah apa yang sedia ada.. klu awak jd marketing manager kt situ, of course awk akan tgk teoi dan praktikal nye seuatu benda itu terjadi..

Anonymous said...

salam..
saya bersetuju dgn saudara Abdul Qahhar.sy sndr pernah m'jadi pengurus di sebuah restoran makanan segera yg amat popular..kaedah memakai tudung di dlm bj bkn lah b'tujuan utk menampakkan dada tp adalah utk keselesaan & keselamatan pekerja.ini kerana situasi kerja mereka yg t'dedah dgn alatan yg panas blh m'bahayakn krn pernah t;jd 1 insiden akibat pemakaian tudung d luar..saya sokong penubuhan rfc & b'harap ia dpt di kembangkan di setiap negeri d malaysia..