Membayang dan memikirkan ciptaan-Nya..
Merenung dan muhasabah diri sendiri kerana dosa2 terhadap-Nya..
Image Hosted by ImageShack.us

""Aku dah besar untuk buat keputusan, takde siapa boleh halang aku. Siapa orang lain nak tegur aku, siapa dia nak jaga tepi kain orang. Aku adalah aku, dan kau adalah kau. Dunia kita adalah dunia yang berbeza..."


Ungkapan ni begitu kerap kita dengar bagi mereka yang merasakan dirinya sudah cukup hebat. Mungkin juga bagi mereka yang merasakan diri mereka sudah cukup bagus. Dan mungkin juga kerana mereka sangka mereka sudah capai satu tahap yang mutlak, jadi manusia yang sebenarlah kononnya. Tiada ke mana maknanya erti manusia sebenar, kalau diri itu tidak balik kepada fitrah manusia. Melainkan golongan ini terlalu menghayati maksud manusia, sebab tu betul-betul jadi manusia. Manusia inikan berasal dari perkataan ‘nasia’ , iaitu lupa. Maka jadilah dia sebagai manusia yang lupa lagi alpa. Itukah yang difahami oleh mereka agaknya?

Penulis mahu menekankan di sini bahawa diri manusia yang sebenar adalah mereka yang kembali kepada fitrah. Fitrah di sini maksudnya, bahawa kita kembali kepada diri kita yang sebenar iaitu roh yang belum ditiupkan ke jasad. Roh yang mengaku Allah itu adalah tuhannya. Roh yang begitu patuh pada tuhannya. Roh yang menganggap segala-galanya adalah demi Allah.

Tapi menjadi persoalan, betul ke kalau ungkapan sudah besar itu betul-betul menunjukkan kita ini sudah cukup matang? Pandangan orang lain tu dianggap gangguan-
gangguan seperti langau-langau berterbangan. Cukup matangkah apabila kita sudah mampu buat sebarang keputusan? Baru mampu buat keputusan saja, belum tahu lagi betul ke tidaknya keputusan tu. Jadi, buat apa hendak mendabik dada? Perasan diri tu macam tahu segalanya.

Tidak dinafikan apabila seseorang tu apabila ditegur, maka terasalah dirinya seperti ditembak oleh peluru berpandu, terasa juga hati seperti dihirih sembilu. Aduhhhhh, sakit lagi pedih… sukar betul hendak terima teguran, itulah yang membuatkan diri kita begitu ego untuk terima nasihat dan teguran orang. Tapi, apabila seseorang itu mampu menerima teguran orang dengan baik dan terbuka, maka dia sudah sampai 1 tahap kebaikan iaitu kesabaran. Ketabahan dan kesabaran bukanlah 1 perkara yang mudah dicapai oleh mana-mana orang. Ia hanya dicapai oleh orang yang betul-betul tawadduq @ rendah diri. Rasa diri kerdil dan perlukan nasihat. Kemudian laksanakan perkara yang telah dinasihati, maka dia akan beroleh lagi kebaikan kerana mengerjakan kebaikan dari nasihat tersebut.

Untuk capai tawadduq, perlulah kita ini mendekatkan diri kepada Allah, menginsafi kesilapan dan muhasabah diri. Tak terlepas diri ini dari melakukan kesilapan. Silapnya diri ini kalau rasa tiada langsung kesilapan pernah dilakukan. Percaya atau tidak, kita akan lakukan kesilapan setiap hari. Ini bukan kisah dongengan atau hikayat. Tetapi kalau rasa diri lebih baik dan terbaik. Silalah hidup dalam kesombongan.

Penulis sebagai pemerhati, kebanyakan ungkapan ni biasa diperkatakan oleh remaja dan orang tua. Tapi golongan orang tua ni lain sikit bunyinya. Lebih kurang seperti ini bunyinya : “Siapa kau nak tegur aku, kau apa tau? Kau tu baru je nak hidup, berhingus lagi. Aku ni lebih banyak makan garam dari kau. Sibuk nak jaga tepi kain orang. Kubur pun masing-masing, pandai-pandailah nak hidup. Menyibuk saja kerjanye.”

Inilah antara ungkapan orang tua yang rumah kata pergi, kubur kata mari. Kita yang nak dakwah orang sebegini pun boleh jadi berapi bila dengar dia bercakap. Terbakar-bakar rasanya telinga. Tahulah dia makan banyak garam, tapi macamlah garam tu buat dia jadi pandai. Kain aku banyak, buat apa nak jaga tepi kain orang pulak, tak pasal-pasal je. Kubur pulak, memang la asing2, tapi kalau kena bersebelahan dengan kubur aku tak ke naye.ceh…

Tapi bagi golongan dewasa yang rasional, mereka ini lebih terbuka dan professional. Kematangan mereka pun mampu membuatkan mereka memikirkan sesuatu yang lebih baik. Maka, jadilah anda sebagai seorang dewasa matang yang rasional lagi islamik. Buat sesuatu berdasarkan al-Quran dan al-Hadith. Mendapat pandangan dari yang lebih ‘arif. Kan itu adalah sebaik2 jalan.

Jangan sesekali jadikan pandangan diri adalah pandangan hakiki

0 comments: