Membayang dan memikirkan ciptaan-Nya..
Merenung dan muhasabah diri sendiri kerana dosa2 terhadap-Nya..
Image Hosted by ImageShack.us
10:47 AM

Bukan yang Terakhir

44715_425463481529_582066529_4863307_5291172_n

Malam ini, tanggal 28 Ogos 2010 adalah tarikh bersejarah buat saya sebagai seorang staf di Akademi Penulis Sdn Bhd (APSB). Majlis berbuka puasa dan solat tarawikh di syarikat Fauzul Na’im Sdn Bhd sempena pembukaan Bilik Training.com, pemergian saya dan kehadiran pengganti saya, saudara Halim.

Pengalaman saya bersama APSB masih lagi muda, baru 1 tahun setengah. Tetapi apa yang saya peroleh sudah menjangkau usia 3 tahun. Sekarang saya sudah pun  bersara, pencen awal :-). Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Fauzul Na’im selaku majikan saya, tetapi sudah saya anggap abang sendiri. Beliau sendiri banyak membina karakter saya sebagai seorang ‘businessman’. Tidak lupa kepada Puan Nurulhilyati, isteri beliau yang juga sudah saya anggap sebagai kakak saya sendiri. Beliau banyak memberikan kemudahan dan keceriaan walaupun kadang-kadang sekadar senyuman. Begitu juga pada keluarga beliau, mak ayahnya, adiknya, anak-anaknya dan bibinya yang sudah saya anggap keluarga sendiri. Saya rasa sungguh bermakna. Saya boleh katakan pertemuan antara kami adalah tuah dari Allah. Saling mendapat manfaat.

APSB boleh saya anggapkan sebagai medan pembelajaran buat diri. Selama berada di APSB, saya lakukan seadanya saya di sana, walaupun ada keseluruhan kerja saya lakukan bersendirian. Apa yang disuruh saya buat, apa yang tidak disuruh pun juga saya buat. Tidak pernah membantah, apatah lagi nak mengeluh. Semuanya tidak pernah saya simpan dalam hati. Apa yang saya tahu, ini adalah proses pembelajaran. Jika kita anggap ia sekadar pekerjaan, kita tidak akan ke mana-mana. Tetapi, bila kita anggap ia perkara yang perlu dipelajari, maka sebenarnya ia menjadikan kita lebih maju dan berjaya. APSB adalah gelanggang percubaan buat saya, membina diri, membina kredibiliti dan mencari pengaruh.

13
Saya suka mendapatkan manfaat dari apa yang saya kerjakan. Saya tidak memilih untuk berada dalam kesenangan, tetapi memilih susah terlebih dahulu. Hanya susah sahaja mendidik kita jadi lebih berjaya. Kita tidak akan berjaya kalau tidak pernah merasa susah. Di APSB, bukan kesenangan yang saya mulakan, tetapi jerih dan payah. Sabar itu menjadi tunjang diri. Bekerja sepenuh masa, sepenuh hati, sepenuh jiwa. Ramai orang kecundang di tengah jalan, mengeluh tidak tentu fasal padahal tidaklah sesusah dari orang miskin melarat. Cuba lihat gambar di atas. Lihat betapa berlikunya jalan itu. Itulah pengalaman saya berada di APSB. Saya yakin, liku-liku itu akan diakhiri dengan cahaya kemudahan dan kesenangan. Percayalah, pengalaman berharga tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Take advantage”, saya suka dengan perkataan ini. Saya berada di APSB bukan sekadar tahu APSB sahaja, sebenarnya saya tahu banyak perkara di FNSB. Bukan maksudnya saya memperalatkan FNSB, tetapi saya cungkil dan korek sehabis mungkin kelebihan FNSB untuk saya manfaatkan. Itulah, alang-alang seluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Kalau sudah berada di suatu tempat jangan sekali-kali pulang dengan tangan kosong. Peluang jangan sesekali dilepaskan. Berada di APSB seperti menimba emas dan permata. Semestinya tidak saya perolehi kalau berada di luar.

Perletakan jawatan saya di APSB, bukan suatu tanda pengakhiran. Permulaan kepada tugasan yang lebih mencabar. Sengaja mencabar diri untuk menjadi lebih berjaya dalam berbisnes. Kita tidak boleh menunggu, melihat atau tinjau-tinjau sahaja. Sekarang adalah waktu bertindak, dari minda positif bertukar kepada tindakan positif dan insyaAllah bakal menjadi hasil yang positif jua. Hari ini lebih baik dari semalam, dan esok lebih baik dari hari ini. Saya tidak suka berlegar-legar pada satu tahap, apa yang saya suka adalah untuk pergi lebih jauh ke hadapan.

Walaupun tidak bergelar staf APSB, silaturrahim tetap diteruskan. Hubungan dengan orang yang kita pernah kenali jangan sekali-kali dilupakan. Rangkaian sesama manusia tetap seperti biasa, tidak ada apa pun yang berubah. Mungkin lebih erat dari dahulu. Tetapi bukan yang terakhir…