Membayang dan memikirkan ciptaan-Nya..
Merenung dan muhasabah diri sendiri kerana dosa2 terhadap-Nya..
Image Hosted by ImageShack.us



31 Ogos menjadi hari keramat bagi penduduk Malaysia. Itulah dia masa dan ketikanya bagi umat Malaysia menyambut merdeka. Sedarkah kita sambutan yang disambut benar-benar bererti buat kita? Atau sekadar sambutan perayaan? Inilah lumrah umat Malaysia yang sebilangan besarnya masih terawang – awang lagi pemikiran tentang maksud kemerdekaan sebenar.
Tanggal 31 Ogos menjadi tarikh pesta bagi golongan muda mudi Malaysia untuk berseronok. Macamlah dah tiada amal kebajikan nak dilakukan untuk hari tu. Cubalah fikirkan bagaimana nak bebas atau merdeka dari kekangan nafsu bergelora. Apa logiknya, kalau diri sendiri masih dikongkong oleh hawa nafsu yang bermaharajalela di waktu hari kemerdekaan. Mana pergi maksud kemerdekaan tu?

Merdeka bukanlah terhad kepada masa dan sesuatu tempat. Merdeka adalah perlepasan atau ‘release’ dari segala yang tidak disukai, dibenci, dilarang atau seumpamanya yang bersifat negatif. Kita telah merdeka dari penjajah, bermaksud kita telah merdeka dari kekangan kuasa yang tiada hak atas kita. Kini, kita perlu bebas juga walaupun tiada penjajah. Kita perlu bebas dari anasir-anasir yang buruk yang telah ditinggalkannya mahupun yang baru dibawanya. Bebaskan diri kita dari cengkeman ghaib yang menjajah jiwa kita. Kita ada Islam sebagai pembebas utama, laksanakan Islam sebaiknya. Mudah-mudahan kita selamat dunia akhirat. Teruskan dengan amalan Islam, agar kita sentiasa teguh dan istiqamah dalam setiap kebaikan.
Pastikan kita bebas dari belengu syaitan dan hawa nafsu yang menjerat kita sejak dari bayi lagi. Mereka (syaitan &nafsu) nilah musuh yang wajar diperangi. Dengan kebebasan yang dikecapi nanti, kita akan sentiasa berada dalam nur keimanan..mudah-mudahan..

0 comments: