Bulan yang dinanti2kan oleh orang2 yang inginkan nikmat dan kemanisan iman. 12 bulan menunggu kedatangannya, kali ini saat pertemuan itu bertaut kembali. RAMADHAN AL-MUBARAK yang dirindui dan amat-amatlah dirindui…
Ramadhan yang mulia ini menggambarkan penulis tentang satu hadiah teristimewa bagi kita. Bayangkan ada orang nak bagi hadiah kat kita. Terharu rasanya hati, tak pernah pun dapat hadiah. Tapi yang memberi hadiah kali ni adalah Allah yang maha Agung, tuhan yang kita sembah. Alangkah terlebih terharunya rasa hati ni. Nikmat yang diberikan pun sudah melimpah ruah, inikan pula nikmat Ramadhan yang lebih berkat lagi.
Siapalah kita di sisi Allah untuk mendapatkan hadiah dan nikmat dari-Nya. Tapi Allah itu maha pengasih dan penyayang. Cinta dan kasih-Nya pada hamba-Nya tidak terhenti biarpun hamba-Nya amat berdosa. Tetapi di mana pula kesedaran kita untuk mengabdikan diri kepada-Nya? Alangkah pilu rasanya hati ini kerana kita ini masih lagi lalai dengan dosa-dosa. Datangnya Ramadhan kali ini adalah penebus segala dosa- dosa yang tersisa. Kita tidak lari dari dosa, dan tidak dijamin pula terlindung dari dosa. Taubatlah, ia pengubat bagi dosa yang telah dilakukan. Bermunajatlah, pohon keampunan, redha dan kasih sayang-Nya.
Ramadhan menjanjikan 1001 kemanisan iman, malah lebih dari itu. Rugilah kita membiarkan Ramadhan berlalu bak air dibawa arus. Kecapi nikmatnya bak menggapai permata yang kita dapat rasai bentuk dan kilauannya. Perbanyakkan ibadah, tarbiyah diri, tinggalkan dosa tingkatkan keimanan.. InsyaAllah, kita diangkat darjat menjadi orang bertaqwa.. Amiiiiin……
Terkini Pro Inside
:: Borak-borak ::
:: Artikel Terbaru ::
Followers
- Abdul Qahhar ibn Mohd Noor
- :: Insan kerdil yang sentiasa mengharap redha Tuhannya ::
:: Pengumuman ::
:: Diriku ::

:: HPA ::
:: Waktu Solat ::
:: Tautan Sahabat ::
:: Tautan Berita ::
:: Tautan Rujukan ::
:: Tautan Portal ::
Merenung dan muhasabah diri sendiri kerana dosa2 terhadap-Nya..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment