Multi level marketing, suatu perniagaan yang berupa perkongsian keuntungan. Ramai di kalangan kita telah tersasar pandangan mereka terhadap MLM memandangkan prasangka negatif mereka terhadap MLM yang bukan syariah. Asal sebut je MLM, terus fobia.
Dalam kaedah fiqh : “Asal semua perkara itu harus melainkan ada dalil yang menunjukkan ia haram.”
Penulis ingin melontarkan bahawa MLM itu sememangnya halal, tetapi ekoran sistem pelaksanaan yang diguna pakai dalam MLM itulah yang membuatnya menjadi haram. Tapi kali ni, HPA telah menjalan satu sistem MLM yang begitu unik dan menarik bagi penulis. Sebelum ini pun, MLM di hati penulis adalah suatu penindasan, tapi MLM HPA benar2 membuka minda penulis. Baik, beberapa konsep MLM yang perlu difahami :
Konsep 1 :Upline = Penjual
Hak pengedar yang mempunyai downline adalah dapat NM sendiri dan sebahagian NM downlinenya. Untung adalah milik upline.
Downline = Pembeli
Hak ahli yg bukan pengedar adalah mendapat harga murah
Kita selalu anggap downline bekerja untuk upline. Tapi teori tu memang salah. Sebagai seorang penjual, untung adalah milik penjual. Salah ke penjual amik untung? Kalau tiada untung ia tak dinamakan jual beli. Penulis nak bagi situasi bagi perniagaan secara single level.
Situasi 1
Kita beli satu barang, tokey kedai terus ambil untung bulat2. Kita tak bising pun. Tapi bila dalam MLM, orang banyak komen..kenapa ini berlaku? silap pemahaman..sebab tu kita perlu dalami pelan pemasaran.
Situasi 2
Katakan ada seseorang mahu beli kopi radix pada penulis. Harga bukan ahli RM32. Tapi penulis jual dengan harga ahli iaitu RM26. Nilai mata pembeli akan jadi milik penulis, sebab guna no ahli penulis. Tapi di sini, taida pulak si pembeli menuntut hak nilai mata. Ini menunjukkan nilai mata adalah untung, dan untung adalah hak penulis sebagai pengedar.
Konsep 2 : Perkongsian untungMLM suatu perniagaan kongsi untung. Syarikat bagi sebahagian keuntungan kepada pengedar. Kalau dalam single level, tokey kaut untung habis2an. Sikit pun tiada income untuk orang yang promot barang dia. Kita tiap2 hari cerita pasal barang ni best, barang tu best. Suruh orang beli. Tapi apa kita dapat? Langsung tiada apa2. Tapi dalam HPA ada bonus setiap bulan. Kita promot, kita jual dan dapatkan ahli baru. Tunggu akhir bulan kita dapat bonus. Mana 1 pilihan kita?
Konsep 3 : Capai ‘Target’MLM konvensional
Selalu kita dengar, kalau tak dapat capai target dalam tempoh waktu tertentu,bonus tak dapat. Skali jadi ahli, kena bayar beratus. Katakan kalau tak dapat capai ‘target’ jualan atau pun cari downline. Duit yang kita laburkan, melayang entah ke mana..
MLM HPA
Siapa yang jadi ahli kena bayar RM30. Dengan RM30 dapat pula katalog produk dan kad ahli. Memang berbaloi. Selepas tu, tak pulak disyaratkan untuk capai target. Nak beli, beli. Tak beli pun tak mengapa, terpulanglah. Nak cari downline cari la, tak nak cari pun tak mengapa. Tapi agak rugi, kerana downline adalah pembeli kita yang mana kita akan dapat untung dari pembeliannya. ‘Target’ yang ada, cuma disyaratkan bagi pengedar. Cukupkan nilai mata sebanyak 100NM. Paling minimum pun 50NM. Barangan yang dibeli bukan barangan yang tak dipakai. Barang yang biasa kita pakai setiap bulan itulah yang perlu beli. Jadikan setiap produk HPA alternatif bagi produk cina dan Yahudi..
Konsep 4 : Pembelian tetapSusah ke nak dapatkan pembelian tetap? Sabun, syampu, ubat gigi, sabun basuh, minyak rambut dan macam2 lagi keperluan peribadi. Kita gunakan setiap hari. Kalau semua ni kita mampu beli untuk tempoh sebulan, mustahil nak beli barang HPA yang serupa tu pun suatu yang payah. Kalau susah, itu menunjukkan kita ni masih lagi membeli produk bukan Islam. Katakanlah tak beli pun barang bukan Islam itu sekalipun…tapi kalau nak dapat bonus kenalah usaha, salah satunya buat pembelian tetap. Mana ada berniaga, terus dapat untung. Tak wujud istilah 4D. Duduk Diam Dapat Duit.. tipu semua tu.. Nak seribu daya, taknak seribu dalih. Pilih la, nak berusaha ke atau nak berdalih…
Konsep 5 : MahalMemang harga produk agak mahal. Tapi jangan bandingkan produk HPA dengan Giant, Tesco, kedai runcit atau mana2 pasaraya. Barang HPA adalah agak ‘highclass’. Kenapa? Dari ladang, kilang sampaikan kepada pemasaran produk dijamin terurus, bersih dan pastinya ia adalah HALAL. Cuba pula dibandingkan pula dengan MLM lain. Produk HPA jauh lebih murah dan berpatutan. Ada situasi lain kenapa ia mahal.
Situasi 1
Penulis ingin mengambil contoh Kopi Radix JUMBO.
Harga RM 32 = bukan ahli.
Harga RM 26 = ahli.
Nilai mata = 10NM. Nilai mata ini adalah milik upline/pengedar dan juga syarikat HPA
1 nilai mata = RM1, maka 10NM = RM10
Ini bermakna, modal sebenar kopi radix cuma RM16. Nilai mata adalah menjadi milik upline dan syarikat HPA. Nilai mata/ untung dikongsi kerana syarikat HPA melaksanakan MLM yang berkonsepkan perkongsian untung.
Walaupun ahli HPA dapat kumpul nilai mata, tapi bonus nilai mata tidak menjadi milik ahli HPA melainkan dia seorang ahli yang aktif mengumpul nilai mata.
Persoalan kenapa ia mahal adalah disebabkan nilai mata. Nilai mata ni akan dipulangkan sebagai bonus. Timbul persoalan, kenapa tak jual murah je? kalau jual murah, takde la nilai mata, takde nilai mata, takde la untung, takde untung, takde la bonus yang dapat tiap bulan tu.
Sekarang mana pilihan anda? Nak jadi ahli semata2 atau pengedar yang aktif? Tepuk dada, tanya diri sendiri. Rugilah jadi ahli semata2, kerana kita takkan dapat untung sedikit pun. Sama la kita seperti ahli tesco, parkson atau pasaraya lain yang hanya mendapat harga murah. Sedang jika anda sebagai ahli HPA, anda layak dapat harga murah dan BONUS setiap bulan.
Konsep 6 : Sistem PiramidApa yang menjadi kebimbingan sehingga sistem piramid pun menjadi mangsa salah? Tiada salahnya sistem piramid, tapi cara MLM konvensional la yang menjadikannya haram, menindas sambil mengaut untung habis2an. MLM HPA benar2 telah mengembalikan kehalalan yang ada pada sistem piramid. Di bawah adalah perbezaannya:
Lapisan Generasi
Konvesional :
tiada had limit, upline boleh wujudkan beratus downline, tapi mampukah downlinenya untuk dapatkan lebih dari uplinenya sendiri? Tak mungkin.
HPA:
hanya 10 generasi, maka generasi pertama di bawah upline juga mampu membuat 10 generasi. Downline mampu mengatasi upline jika pandai mewujudkan rangkaian dengan cepat.
Pangkat
Konvensional :
tiada pangkat, bayaran bonus berdasar jumlah downline. Di sini ada penindasan di mana downline yang telah bersusah payah, tetapi uplinenya masih dapat bonus.
HPA :
ada pangkat, peratus bonus lebih tinggi bila ada pangkat. Sekiranya upline tak mampu wujudkan sistem rangkaian yang terancang, dia takkan dapat naik pangkat dan dapat peratus bonus yang tinggi. Dalam HPA, siapa usaha dia dapat, siapa tidak dia hanya mampu tengok2 je orang lain berjaya.
Konsep 7 : KeraguanSekarang, nampak bagaimana uniknya MLM HPA? Mana lagi keraguan yang ada dalam MLM HPA? Penulis telah ceritakan satu persatu. Tiada MLM konvensional yang mampu buat sebegini kerana mereka tahu, mereka memang menipu.
Konsep2 yang telah disebutkan adalah hasil kajian penulis terhadap MLM HPA yang diberitahu dalam kursus HPA dan kemudian disusun sendiri oleh penulis. Dalam setiap apa yang kita pergunakan, sebaiknya dikaji dengan lanjut. Moga2 perkongsian ni dapat membuka minda sahabat2 tentang konsep MLM HPA. Teruskan perjuang kita dalam menegakkan ekonomi Islam tercinta..
Terkini Pro Inside
:: Borak-borak ::
:: Artikel Terbaru ::
Followers
- Abdul Qahhar ibn Mohd Noor
- :: Insan kerdil yang sentiasa mengharap redha Tuhannya ::
:: Pengumuman ::
:: Diriku ::

:: HPA ::
:: Waktu Solat ::
:: Tautan Sahabat ::
:: Tautan Berita ::
:: Tautan Rujukan ::
:: Tautan Portal ::
Merenung dan muhasabah diri sendiri kerana dosa2 terhadap-Nya..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
salam... nape enta semangat sgt dgn mlm HPA neh? bleh ana tau.. sbb ana pn xbrape pasti dgn mlm HPA neh.. krg jelas sbb ada ura2 mengatakan haram... so,ape penjelasan enta? ker enta mmg nk cari duit lebih jer?
salam.duit bukan segalanya, tapi dengan duit kita boleh dapat sesuatu.. nak makan pun kena guna duit.. katakan kalau kaya sekalipun, dengan duit yang lebih tu la kita boleh infak kat org yg memerlukan..niat dan target kena jelas. terus terang ana cakap. xde lagi syarikat bumiputera Islam yang keluar produk halal sebanyak HPA. skrg ni kita byk beli brg cina dan brg orang asing yg bukan Islam. sedangkan kita ada alternatif produk Islam yg halal. kita bukan darurat, sampai nak pilih lg brg non muslim. org cina takkan pikir halal haram, tp untung semata2. kita nak guna ke produk camtu? ana nak promot biar kita guna brg yg betul2 halal.
pasal MLM ni, nta boleh tgk website ustaz zaharuddin. MLM camne yang dikatakan haram. kita takleh beri hukum terus benda yang kita belum kaji. MLM HPA ana dah kaji, takde yang membawa kepada haram. kalau nta rasa ragu2, nta pulak kaji, pastu ana nilai. kita tukar2 idea.
oo.. cmtu ek... ingat nta smangat mlm neh sbb nk untung.. klu nta dh kaji pasal mlm hpa neh berbeza dgn mlm yg lain2 tu dikatakan haram, ape kata nta jer trgkan kat ana... ana takot nta ckp jer kaji tp xtau apapun...
ana dah tulis pun post dalam blog ana.. nta yang malas baca kot, sebab tu tak nampak2 lagi..cuba rajin2kan diri membaca.. tak paham baru bagitau. baru wujud suasana discussion.
ape yg ana nampak, nta hanya copy n paste saja.. tu lglaa bukan tabiat dan budaya ilmu sbnrnya... klu nta quote mana2 ayat, nta ptt creditkan ayt tu.. n then br bg pendapat nta.. tu br betul.. bkn skdr copy n paste sj...
nta cuba cari laman web tu kalau betul ana copy and paste..pelik betul nta tuduh melulu.. ana study dari kursus HPA..buat analisis dan nilai balik..kalau rasa nak tuduh lagi, hantar kat email je. komen hanya disediakan untuk perkongsian idea.harap maklum..
maksud ana, idea dan fikrah tu enta amik drpd org.. tp enta xbg credit pada idea dan fikrah org tu... ibarat mencuri bg ana... nnti org ingat yg ni idea enta dan fikrah enta padahal enta hanya baca dan salin smula jer dlm blog enta... xperlaa klu enta nak marah2... ana xkisah.. ana skdr nak beritahu jer... mungkin enta xbiasa nak berforum di dalam web maya neh.. mungkin ini pertama kali enta berkongsi idea dan pandangan dalam blog.. jadi, enta terlalu excited smpai lupa diri.. xperlah enta...
nta tak habis baca lagi ni..sebab tu ana suruh baca habis2..kat bawah sekali, tulisan warna kuning..ana ada tulis, ana susun dari hasil ceramah..ana xcakap pun ana yg wujudkan idea ni..nta xleh terburu2 nak menghukum..buat apa ana nak marah nta, nta pun ana xkenal.nak serang balik pun xleh, tp ana takkan serang..buat apa nak cari musuh..
Post a Comment