إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ {1 وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ {2
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ {3 تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ
فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ {4 سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ{5
"Sesunguhnya kami menurunkannya (al-Quran " pada malam al-Qadar. Dan apakah kamu tahu malam al-Qadar itu Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan Turunlah para malaikat dan ruh (Jibril" ke bumi dengan izin Rabbnya untuk menjalankan segala urusan. Sejahteralah malam itu hingga terbit fajar."
Surah Al-Qadar : 1-5
Banyak sekali kelebihan-kelebihan yang Allah berikan kepada hambanya melalui Ramadhan ini, sehingga wajar kalau Rasulullah mengekspresikan keutamaannya dengan sabdanya:
(HK Tabrani)
Terdapat satu lagi peristiwa besar yang merupakan satu kelebihan Ramadhan ini, iaitu peristiwa turunnya al-Qur'an. Al-Qur'an yang ada di antara kita ini diturunkan oleh Allah ke 'sama al-dunya' (langit yang paling dekat dengan dunia) secara serentak pada malam 'lailatul qadar' di bulan Ramadhan untuk kemudian diturunkan ke Rasulullah secara beransur-ansur sesuai dengan peristiwa yang terjadi. Kerana lailatul qadar inilah Rasulullah dalam banyak waktu sentiasa berusaha keras untuk mendapatkannya. Banyak penjelasan Rasulullah yang sampai kepada kita, tentang keutamaan-keutamaan malam yang penuh barakah ini. Sebagai malam yang terbaik dan paling barakah di antara malam yang ada, di dalamnya Allah telah menjanjikan pada hambanya yang ikhlas dan berharap untuk mendapatkan perlindungannya di hari akhirat, akan melipat gandakan sampai 1000 bulan ( 83 tahun 3 bulan ) untuk amalan-amalan kebaikan yang dilakukan pada malam ini. Janji ini secara langsung Allah katakan dalam al-Qur'an surat al-Qadr (satu surat penuh). Hal ini tentunya cukup menunjukkan pada kita akan keutamaan malam al-qadar ini.
Kerana itulah, Ramadhan dengan lailatul qadarnya sebagai satu media yang mampu mengantarkan kita pada kesucian. Rasulullah, pada suatu ketika bersabda :
Tidak berlebihan memang, kalau Allah menamainya malam yang kebaikannya melebihi seribu bulan.
Betapa sombongnya manusia yang sangat memerlukan pengampunan dari Allah atas perbuatan-perbuatan mereka yang banyak menyimpang, apabila mereka menyia-nyiakan kesempatan emas yang bersifat tidak tentu lagi akan mereka mendapat kesempatan ini di masa-masa yang akan datang. Siapakah yang dapat menjamin bahawa usia kita akan sampai Ramadhan tahun-tahun yang akan datang. Oleh karena itu merupakan keharusan yang tidak mesti tidak bagi kita, untuk mengejarnya, sehingga janji-janji Allah yang telah ditaburkannya itu benar-benar mampu kita dapatkan.
:: Petikan Artikel Mufti Perak ::
0 comments:
Post a Comment