Membayang dan memikirkan ciptaan-Nya..
Merenung dan muhasabah diri sendiri kerana dosa2 terhadap-Nya..
Image Hosted by ImageShack.us



Inilah medan yang menjadi peperangan menggunakan sebilah pena di atas hamparan kertas putih lagi bergaris. Tidak disangka peperangan kali ini akan menjadi penentu kepada pencapaian selama ini. Sejauh mana kebolehan pencapaian itu, bergantunglah pada takdir yang tersurat di satu lembaran bernama ‘result’.

    Inginkan kejayaan
Jauh di sudut hati, sesiapa sahaja menginginkan kejayaan. Sedangkan seorang yang jelas kebodohannya pun menginginkan kejayaan apatah lagi yang lebih pandai. Kejayaan itu adalah milik bagi sesiapa sahaja yang menginginkannya. Bagi yang tidak mempedulikan apa itu erti kejayaan, tidaklah layak baginya sebarang kejayaan.
    Usaha sebagai metod
Sering kita dengar ayat ini “man jadda wajada : siapa bersungguh, maka dia dapat apa yang dihajatinya”. Usaha adalah satu metod atau cara yang menjadi perkara biasa untuk sesiapa menggapai kejayaan. Tepuk dada, tanya diri, bersediakah kita? Walau sepandai mana tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga, inikan pula manusia yang sememangnya selalu lalai dan alpa. Biarpun pandai, itu bukanlah tiket percuma menempa kejayaan.
    Sedar diri
Kadang kala sedar diri itu begitu penting buat diri untuk berfikir sejenak siapakah kita. Layakkah untuk menempa kejayaan dengan keadaan yang serba daif? Pandai tapi sombong, rajin tapi demi exam semata, baik pada zahir tapi buruk pada batin dan begitu jugalah sebaliknya. Persoalan ’layakkah’ akan membuatkan kita akan memperbaiki lagi sikap dan perangai yang sedia ada.
    Doa
Doa merupakan 1 lagi perkara penting yang mampu menjadikan 1 kejayaan itu benar2 menjadi realiti. Tak usah mengatakan dengan usaha yang keras sudah memadai untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Kalau Allah tak izinkan, maka jangan haraplah. Sebagai contoh, Allah timpakan kita kemalangan pada waktu peperiksaan. Kan dah tak dapat nak pergi exam. Jadi, perbanyakkanlah doa dan solat hajat. Tak usah sesekali menyombongkan diri.
    Niat
Dalam berdoa pun kita perlu kenalpasti apakah niat kita untuk berjaya. Adakah berjaya untuk dapat A semua subjek? Adakah untuk dapatkan anugerah dekan? Adakah untuk dapatkan pujian dari kawan2, pensyarah2 dan ibu bapa? Adakah demi memudahkan untuk mendapatkan pekerjaan kelak atau apakah niat kalian sebenarnya? Cuba renungkan kembali niat2 ni semua.. adakah ini semua akan menjamin kita akan mendapatkan kejayaan yang sejati atau realiti? Penulis sendiri begitu malu untuk memohon kepada Allah berdoa untuk mendapatkan A dalam semua subjek. Cukup2 malu yang teramat sangat, tapi mungkin bukan di hati sahabat sekalian. Apa yang penulis harap dan doakan, kejayaan yang akan dikecapi nanti mampu memberi kelebihan dan manfaat pada Islam termasuk diri sendiri. Biarlah kejayaan dalam exam tu tak tercapai, tapi kejayaan tu akan diperoleh pada masa akan datang. Maka, dalam situasi ni tiadalah perasaan frust, pressure atau sewaktunya jika ‘target’ tak tercapai walaupun usaha dah sampai tahap separuh mati. Allah tu maha Pengasih lagi maha Penyayang. Ilmu yang kita perolehi itupun sudah cukup berharga nilainya. Dengan ilmu itulah kita boleh terus ‘survive’ dan berjaya.
    Kesimpulan
Serba ringkas dan padat. Perkemaskanlah diri kita dengan ilmu yang kita perolehi dengan sebaiknya. Moga2 kejayaan menjadi milik kita. Sama2lah kita berdoa memohon ke hadrat Ilahi demi kejayaan bersama.. wassalam..

3 comments:

Anonymous said...

i agree your idea ! very nice blog

Abdul Qahhar ibn Mohd Noor said...

thank.. you also can share your idea here..

Anonymous said...

Some of the content is very worthy of my drawing, I like your information!
Special Net