Membayang dan memikirkan ciptaan-Nya..
Merenung dan muhasabah diri sendiri kerana dosa2 terhadap-Nya..
Image Hosted by ImageShack.us

Bilakah malam itu datang menjemput kita?

  1. Akhir Ramadhan

  2. Telah disebutan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra tentang salah satu ciri datangnya malam Lailatul Qadar:

    "Kami mengetahui datangnya malam Lailatul Qadar dari, 'Rasulullah SAW, ketika itu
    beliau bertanya: "Siapa diantara kalian yang pernah meUhat bulan pada waktu malam muncul seperti retak tempurungnya?"

    Dari hadis tersebut kita dapat simpulkan bahawa Lailatul Qadar datang pada akhir bulan Ramadhan, kerana bulan dengan bentuk yang ditunjukkan Nabi SAW tidak datang kecuali pada akhir bulan.

  3. Sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan

  4. Rasulullah saw. pernah memberikan penjelasan bahawa malam yang penuh dengan kebaikan (lailatul qadar) biasanya jatuh pada malam ganjil pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. Dalam hadis sahih Rasulullah sabdanya:

    "Carilah dia (lailatul qadar.) di sepuluh terakhir di bulan Ramadhan pada hitungan ganjil."

    (HR. Bukhari Muslim)

  5. Tujuh malam terakhir bulan Ramadhan

  6. Dari Ibnu Umar ra, ada beberapa orang sahabat Nabi SAW yang bermimpi bahawa Lailaitul Qadar akan datang pada pada tuuh malam terakhir bulan Ramadhan, Rasulullah SAW bersabda:

    "Aku juga mePihat ru'yah kalian pada tujuh malam terakhir bulan tersePut. Maka barang siapa yang menginginkannya, dapatkanlah malam tersebut pada tujuh malam terakhir"

    Walau bagaimanapun, sekiranya kita sudah ketinggalan 3 malam pertama dari 10 malam terakhir maka carilah pula 7 malam yang terakhir. Ini bersandarkan hadis oleh Ibnu Umar ra, ia berkata, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

    "Dapatkanlah Lailatul Qadar pada seeuluh malam terakhir bulan Ramadhan, apabila kalian merasa lemah atau tidak mampu meMuinya maka jangan sampai kalian kehilangan tujuh malam berikutnya"

    Lebih dekat lagi kebanyakan ulama' menguatkan pendapat yang mengatakan malam tersebut adalah malam yang kedua puluh tujuh. Pendapat ini dikuatkan oleh hadis-hadis yang menjelaskannya. Di antaranya perkataan Rasulullah SAW:

    "Barang siapa mencarinya, maka carilah di malam yang ke-27."

    (HR. Ahmad)

    Menurut Imam al-Ghazali, Lailatul Qadar dapat diketahui dengan cara melihat awal bulan Ramadhan. Sekiranya awal Ramadhan hari Ahad atau Rabu maka malam lailatul qadar akan jatuh pada malam ke-29. Sekiranya awal Ramadhan hari Isnin, maka malam lailatul qadar akan jatuh pada malam ke-21. Sekiranya awal Ramadhan hari Selasa atau Jumaat, maka malam lailatul qadar akan jatuh pada malam ke-27. Sekiranya awal Ramadhan hari Khamis, maka malam lailatul qadar akan jatuh pada malam ke-25. Sekiranya awal Ramadhan hari Sabtu, maka malam lailatul qadar akan jatuh pada malam ke-23.
    Dari berbagai versi hadis yang telah disebutkan, jelas terbukti bahawa Lailatul Qadar jatuh pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan. Terdapat riwayat Muslim menyatakan bahawa Lailatul Qadar jatuh pada malam terakhir sedang riwayat Imam al-Bukhari ada yang melihat jatuh pada malam ketujuh dan ada yang melihat sepuluh terakhir.

    Adapun pendapat yang dianggap kuat adalah pendapat yang mengatakan bahwa Lailatul Qadar jatuh pada hari ganjil sepuluh terakhir bulan Ramadhan, dan dari hari ganjil itulah terpilih malam dua puluh tujuh.

    Namun begitu, langkah terbaik ialah dengan sentiasa mengoptimumkan 10 malam terakhir dalam bulan yang penuh rahmat ini. Dengan begitu kita tidak khuatir akan terlepas dari malam lailatul qadar, karena kita mencarinya hanya pada malam-malam tertentu.

0 comments: