Membayang dan memikirkan ciptaan-Nya..
Merenung dan muhasabah diri sendiri kerana dosa2 terhadap-Nya..
11:19 PM

18 November


Perjalanan program sama seperti hari sebelum ini, cuma ada cerita menarik dan tertariknya di sebalik tarikh ini. Saya bertindak seperti biasa, ambil gambar, beri kertas dan dengar ceramah sekali sekala. Sebelum waktu makan tengahari, cik Hurul Ain mengumumkan, “Memandangkan tarikh lahir En Abdul Qahhar adalah hari ini, sila nyanyikan lagu ‘birthday’ untuknya, 1, 2 mula. Happy birthday to you,….”. “Hah”, terkesima saya sekejap. Malu pun ada. Segan dibuatnya. “Sah dia tahu dari facebook”. Masa itu, saya hanya mampu tersenyum memanjang dan mengucapkan terima kasih. Tidak sangka orang Brunei meraikan orang sebegitu.

Ada peserta yang bertanya kepada saya, “Hari lahir yang ke berapa?”. “Yang ke 24 tahun”, beritahu saya. “Eii, mudanya, rasa macam sudah 30-an. Macam je”. “Ohh, macam je, bukan betul-betul pun“, jawab saya. Ada juga yang menyambung, “La, adik rupanya”. Bangga saya, ada orang anggap saya matang. Seorang peserta yang agak berusia datang kepada saya, “Anak saya pun ada sebaya dengan Qahhar”. “Iye puan? Tak sangka saya”. “Panggil saja saya mami, ada dulu staf PTS datang ke sini, dia panggil saya mami”. “Oh ye?, terima kasih mami”, terus sahaja dialog saya bertukar dengan memanggilnya mami. Kemudian datang seorang peserta wanita mengambil gambar saya. Katanya untuk dimasukkan dalam facebook. Hmm, makin popular saya sejak dari hari itu. Tetapi rasanya, sayalah orang termuda yang ada di bengkel ini. Tetapi rasa kekok atau janggal itu jauh sekali.


Ambuyat

Malamnya, kami dijemput Puan Aminah, Pengarah Dewan Bahasa & Pustaka. Yang hebatnya, dia menjemput kami bersama 2 orang anak dan suaminya. Terharu kami melihatnya. Kami makan malam di Medan Selera Terindak. “Di sana juga makanannya enak sekali bah”. Terutamanya “ambuyat”. Saya dan En Fauzul seperti biasa, makan apa yang ada. Sebabnya adalah satu, percuma. Kalau tidak makan, memang rugi. Membiarkan rezeki depan mata hanya dimakan orang lain. Mana boleh. Kata En Fauzul, “Rezeki hang la ni, sempena ‘birthday’ di Brunei. Terfikir saya, rasanya inilah kali pertama dihidangkan makanan sebegini di ulang tahun hari lahir saya. Sebelum ini, saya sendiri tidak pernah menyambutnya. Boleh lupa tarikh lahir sendiri adalah. Kali ini agak luar biasa, memandangkan saya ada 2 facebook, bertalu-talu ucapan selamat hari lahir diucapkan. Rasa seperti doa-doa yang diucapkan masuk menusuk qalbu. Itulah dia, di dunia Brunei. Al-kisahnya di sebalik tarikh keramat.


2 comments:

izz_nur said...

Hai bertuahnya badan...mcm peribahasa ni, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia? Allah je yg tahu hehe.. hmm ambuyat tu apa yer?

Abdul Qahhar ibn Mohd Noor said...

Tuah manusia..., ya, Allah sahaja tahu.. (",).Ambuyat tu sagu untuk membuat gam, itulah yang kami makan. Tapi taklah sampai jadi gam, kalau tak, tak boleh buka dah mulut ni..(",)