Membayang dan memikirkan ciptaan-Nya..
Merenung dan muhasabah diri sendiri kerana dosa2 terhadap-Nya..
Image Hosted by ImageShack.us


Malam kedua ini kami dijemput untuk berjalan-jalan di sekitar Bandar Seri Bagawan. Cik Hurul Ain menjemput kami dengan sebuah van besar di Hotel Grand City. Lama kami menunggu, lebih dari setengah jam. Dalam diam menunggu kami memerhatikan pengunjung dari Malaysia di lobi Hotel Grand City, di antaranya Dr Syarifah Hayati, Ustaz Mohd Farid Ravi dan Hafiz Hamidon. Semuanya bersiap-siap untuk keluar, barangkali ada Forum Perdana di Brunei. Kami hanya sekadar memerhati dari jauh gelagat mereka. Seolah-olah seperti tidak kenal pun.


Bermula perjalanan malam itu, kami dibawa ke Kampung Air untuk menikmati masakan Brunei. Tempat yang kami kunjungi dikenali sebagai “momok kafe”, sebabnya adalah kubur yang berhampiran di sini. Agak menyeramkan, tetapi bukan bagi sayalah. Kami dijamu seterusnya, enak sungguh masakannya, sampai saya lupa apa makanan yang dipesan (asing sungguh nama masakannya). Yang penting, saya sekenyang-kenyangnya malam itu. Kami dihidangkan pelbagai makanan, semuanya dibayar oleh Cik Hurul Ain, baik sungguh hati orang Brunei ini.


Kemudian dibawa pula ke sekitar Bandar Seri Begawan. Saya lihat dari sudut jalan, bangunan, perparitan, semuanya kelihatan teratur. Ringkas, lapang dan selesa mata memandang. Susah saya hendak bandingkan dengan mana-mana bandar di Malaysia. Cukup cantik dan tersusun di sini.


2 masjid yang sempat saya lawati. Cukup-cukup menawan, tetapi tidak boleh diambil gambar di dalamnya. Saya cuma sempat bergambar di luar sahaja. Melihat persekitaran, tempat wudhuk, isi dalam setiap ruang masjid. Terdapat juga 1 ruang lama yang masih dikekalkan yang saya kira sangat-sangat cantik di masjid Omar “Ali Saifuddien.


Apa yang sangat menarik lagi adalah sebuah masjid Jame’ Asr Hassanil Bolkiah di mana kubahnya dibuat dengan emas tulen. Hampir 5-7 kubah yang paling besar termasuk setiap kubah menara masjid.


Saya perhatikan juga bangunan-bangunan di bandar ini, tiada 1 pun bangunan petak-petak seperti di Malaysia. Bangunannya mempunyai seni reka bentuk yang unik dan Islamik. Syarat binaan bangunan di sini pun sangat unik, tidak boleh tinggi dari menara masjid. Risiko untuk orang terjun bangunan, saya jamin memang tiada.


Kemudian kami lawati pula istana Negara yang sangat besar berbanding istana ayahanda Sultan Hassanil Bolkiah. Kecilnya lebih kurang seperti rumah banglo zaman dulu. Berbanding dengan istana yang baru ini, sangat besar siap dengan pengawal keselamatan. Geli hati saya melihat 2 orang pengawal yang terpacak di pintu utama. Kalau saya, 10 minit sahaja sudah tentu pitam. Istana ini didiami hampir seratus lebih orang yang bekerja hanya di istana. Saya terfikir, “apalah kerja yang dibuat di dalam tu, tak berbaloi betul, mungkin masa dihabiskan untuk menyapu sampah kot”. Tetapi menariknya tentang sultan di sini, baginda berperanan sebagai perdana menteri dan menteri besar. Hinggakan bergerak ke sesuatu tempat pun hanya baginda yang memandu, tiada pemandu peribadi. Dan lebih hebat lagi, dengan cara ini, baginda boleh pantau keadaan Negara secara senyap-senyap. Banyak perubahan dilakukan, menteri lain jadi tidak senang duduk dengan tindakan sultan mereka sendiri.

Perjalanan diteruskan, kali ini hujan renyai-renyai dan kami pun tidak singgah ke mana-mana, sekadar melihat-lihat dari dalam van. Mata mengantuk dek terlalu banyak makan, saya hanya mendengar perbualan Cik Hurul Ain, En Eddy dan En Fauzul Naim. Sambil mendengar, sambil terhangguk-hangguk dibuatnya. Dalam hati, “ bilalah nak balik ke hotel ni, rancak sangat berbual depa ni”. Cik Hurul Ain membawa kami ke gerai untuk menempah nasi Katok. Terperanjat saya, “makan lagi ke?”. Tetapi tawaran itu tetap kami terima, makanan percumalah katakan. Saya rasakan, tidak pernah sempat pun kami ini berlapar sepanjang berada di Brunei. Cuma saya terselamat dari mangsa kegemukan. (“,). Kami dibawa pula berjalan-jalan lagi. Dalam perjalanan, saya tidak larat menanggung kelopak mata yang sangat berat. Tidurlah jawapannya dalam keadaan duduk. Jam 11.30, melihat saya seorang yang makin terhangguk-hanguk, cik Hurul Ain bawa kami ke hotel. Maka kami berangkat ke bilik, lalu menghabiskan nasi Katok sebelum tidur. Zzzzz

4 comments:

izz_nur said...

Hmm unik betul la Brunei nie...baca dr cerita anta pon dh rasa negara tu best..suatu hari nnti nk memasang impian pergi sanala :p.. "momok cafe" tu lbh kurg mcm term yg stdnt uia guna kat sini jgk, sbb ada satu tmpt foodcourt area gombk ni yg kami panggil kubur. Sebbnya tmpt tu sebelh je dgn kubur.Kalau ckp nk mkn kat kubur je,hah thula tu kat mna. Selalunye org luar je terkejut kalau kami ckp mcm tu. Nasi Katok? memula terkejut baca, ingatkn nasi katak huhu

BroZikr said...

Itulah dia Brunei, negara Islam yang amalkan Islam. Walaupun tak sepenuhnya, tapi lebih baik berbanding Malaysia. Brunei tak banyak beza dengan Malaysia, serba serbi sama, cuma agak istemewa sikit. Ada juga pasang angan-angan nak tinggal sana. Itu pun kalau boleh..orang brunei siap menjemput lagi..

izz_nur said...

ala..duduk je la Malaysia ni..org kata,hujan emas di negeri org, hujan batu di negeri sendiri..Kalau bukan kita yg nk berbakti pd negara sendiri, siapa lg? Nk suruh mat rempit?bohsia?penagih dadah? hancurla..Malaysia tanah tumpah kelahiran kita..suatu hari nanti, kita dan generasi kita yg seterusnya la kena teruskn perjuangan utk martabatkn islam di negara sendiri hmm..

Abdul Qahhar ibn Mohd Noor said...

Wah, serius ni. Inilah yang kita mahukan, orang yang benar-benar serius. Saja bagi "trick" je. Rupa-rupanya betul-betul bersemangat. Bagus, ukhti. Teruskan perjuangan..(",)